Cadangan waktu & cara mengira jam tidur
Walaupun hal ini dianggap perkara mudah untuk mendapatkan tidur waktu malam dengan jangka masa yang ideal, tak semua orang berjaya mendapatkan waktu tidur yang secukupnya.
Sesetengah tanggungjawab yang kita hulur setiap hari menjadi sebab utama kita payah mendapatkan waktu tidur yang sewajarnya.
Contohnya, suri rumah yang harus menjaga bayi dan kadang-kala menganggu tidur malam mereka.
Selain itu, orang yang bekerja sehingga lewat malam dan senario-senario lain.
Namun, terdapat juga sesetengah orang yang menghadapi masalah seperti mendapatkan waktu tidur yang konsisten setiap hari.
Sekiranya anda menghadapi masalah-masalah seperti yang disebutkan di atas, anda boleh cuba nasihat di bawah.
Waktu tidur yang betul
Selok-eloknya, individu diharuskan untuk tidur lebih awal dan bangun pada waktu pagi.
Perkara ini dapat mencorakkan pola tidur yang bersesuaian dengan biologi kita untuk bertindak secara semula jadi dengan cahaya matahari.
Oleh itu, anda mungkin akan mudah terasa mengantuk ketika matahari telah pun terbenam atau pada waktu malam.
Berapa jam yang diperlukan untuk tidur?
Banyak kajian mengatakan kita memerlukan masa 7 jam untuk tidur.
Dan untuk lebih tepat, baca senarai ini:
- 0 – 3 bulan : 14 – 17 jam
- 4 – 12 bulan: 12 – 16 jam
- 1 – 2 tahun : 11 – 14 jam
- 3 – 5 tahun : 10 – 13 jam
- 9 – 12 tahun: 9 – 12 jam
- 13 – 18 tahun : 8 – 10 jam
- 18 – 60 tahun : sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam
- 61 – 65 tahun : 7 – 8 jam
Kesan tak cukup tidur
Sekiranya anda mengantuk pada waktu siang, ini adalah tanda bahawa anda tak mendapat cukup tidur pada waktu malam.
Anda juga boleh senang mengalami kemalangan, mudah marah, dan mudah lupa.
Tak cukup tidur yang terlampau kerap juga boleh mengakibatkan akibat kesihatan yang kekal.
Contohnya:
- jatuh sakit lebih kerap
- tekanan darah tinggi (darah tinggi)
- diabetes
- penyakit jantung
- kegemukan
- kemurungan
Pukul berapa anda patut mula tidur
Jadi bila patut anda patut mula tidur sebenarnya?
Waktu yang paling baik apabila anda dapat mencapai cadangan jangka masa yang telah disarankan di atas untuk kumpulan umur anda.
Contohnya, jika anda perlu bangun pada pukul 6 pagi, anda harus cuba untuk tidur sebelum atau sekitar pukul 11 malam.
Namun, jika anda tak mahu bangun awal keesokkan hari, anda harus menjaga masa tidur anda.
Jika tak, anda kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk tidur pada waktu yang diinginkan pada kemudian hari.
Admin harap semua manfaat ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.