5 Sebab Untuk Dapatkan Nutrien Dari Buah-Buahan

kelebihan buah-buahan

Kenapa kita digalakkan untuk lebih makan buah-buahan daripada vitamin?

Sejak kebelakangan ini, pelbagai jenama yang sedang hangat menjual suplemen di Internet, farmasi dan di kedai-kedai jamu.

Dan, perniagaan seperti ini berjaya mendapatkan hasil lumayan daripada penjuala suplemen tersebut.

Kerana, rakyat Malaysia yang mementingkan kesihatan dan percaya bahawa suplemen dapat memperbaiki dan memberi vitamin pada tubuh badan.

Selain itu, suplemen juga mudah dimakan dengan sekali telan sahaja dengan mg yang ditetapkan untuk setiap inividu.

Walau bagaimanapun, mg yang terdapat di dalam suplemen harian juga boleh didapatkan pada buah-buahan.

Oleh itu, jika anda ingin lebih berjimat, sangat disyorkan untuk membeli buah-buahan kerana nutrien semula jadinya yang memang terbaik untuk badan.

Kajian juga membuktikan bahawa buah-buahan adalah komponen vitamin yang terhebat dan harus diseimbangkan dalam diet harian kita.

5 Sebab Untuk Dapatkan Nutrien Dari Buah-Buahan

1) Nutrien tambahan tidak selalu memberi faedah yang sama

Terdapat kajian yang diterbitkan dalam Journal of Academy of Nutrition and Dietetics membuktikan bahawa serat tambahan sebanyak 10 gram tidak memberi kekenyangan, malah meningkatkan gas dan kembung.

Hal ini menunjukkan bahawa serat semula jadi dalam buah-buahan lebih baik dari pemprosesan.

2) Saling bergantung

Nutrien secara semula jadi berlaku dalam kombinasi yang kompleks dan sering bergantung pada reaksi komponen makanan lain untuk berfungsi dengan baik.

Sebagai contoh, peranan vitamin D dan kalsium berkait rapat, begitu juga peranan folat dan vitamin B12.

Mengambil dos vitamin atau mineral yang tinggi boleh menyebabkan ketidakseimbangan.

Buah-buahan pula memberikan keseimbangan nutrien yang lebih baik.

3) Terlampau banyak

kelebihan buah-buahan

Berdasarkan kajian, terdapat banyak suplemen yang diubah suai dengan nutrien yang melibihi keperluan tubuh badan seseorang.

Pengambilan vitamin dan mineral melibihi keperluan tubuh akan memberi kesan kesihatan yang lain seperti ketoksian, dan penyakit buah pinggang.

Ia tak akan membantu meningkatkan tenaga atau perlindungan terhadap penyakit.

4) Buah-buahan Lebih Kaya Nutrien

kelebihan buah-buahan

Selain itu, kandungan vitamin pada buah-buahan sudah cukup lengkap untuk setiap individu dan kaya dengan unsur-unsur lain seperti serat, protein zat besi, mineral, dan kebaikkan yang lain.

Sebagai contoh, buah pisang mengandungi tenaga sekitar 136 kalori.

Ia juga mengandungi kalium, magnesium, mineral, Vitamin C, dan pelbagai nutrien lain.

Manakala, kandungan suplemen pula terhad kepada satu kandungan nutrien sahaja dan banyak yang melibihi keperluan tubuh.

5) Tiada ujian saintifik

kelebihan buah-buahan

Di United States, suplemen melalui ujian seperti makanan, dan bukan ubat.

Ini bermaksud kelulusan FDA tak diperlukan sebelum dijual kepada orang ramai.

Akibatnya, kemurnian produk dan cadangan dos tak diperlukan untuk menjalani ujian saintifik yang ketat seperti ubat sebelum dijual kepada pembeli.

Hal ini amat berbahaya kerana dapat memberi kesan pada golongan di bawah:

  • Wanita yang mengandung.
  • Wanita yang sedang hamil atau menyusu.
  • Orang dewasa yang lebih tua.
  • Vegan.
  • Mereka yang didiagnosis dengan kekurangan nutrien atau keadaan yang mengurangkan penyerapan nutrien.

Admin harap semua manfaat ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top