Dua Serangga Yang Anda Mungkin Keliru! Hama dan Pepijat
Pepijat dan hama, kedua-dua serangga ini senang dijumpai di dalam rumah.
Namun, kedua-dua serangga ini mendapatkan makanan yang berlainan dan amat berbeza antara satu sama lain.
Hama adalah keluarga kepada kutu dan labah-labah kerana saiznya yang terlampau kecil dan mudah dilihat dengan menggunakan mikroskop.
Ia memakan sel-sel kulit manusia dan hidup di dalam persekitaran yang hangat dan lembap.
Tempat tinggal hama:
- Tempat tidur
- Perabot
- Permaidani
Selain itu, terdapat dalam anggaran 100,000 ke sejuta ekor hama yang mendiami sesebuah tilam dan tergantung juga jangka lama kita menggunakan tilam tersebut.
Jadi pada sesiapa yang dah lama menggunakan tilam anda, jangan lupa untuk bersihkan selalu atau tukar tilam tersebut!
Kesan Hama:
Walaupun hama adalah serangga yang tak akan menggigit seseorang individu, ia tetap berbahaya kepada golongan yang mempunyai penyakit asma, dan alahan terhadap serangga ini.
Contoh alahan seperti:
- Gatal hidung dan mata
- Sesak nafas
- Bersin
- Hidung berair
- Asma
- Gatal-gatal
Pepijat
Namun, pepijat sering disalah anggap dengan hama kerana kedua-dua makhluk ini boleh dijumpai pada tempat tidur atau tilam.
Hama disalah fahamkan bahawa ia menggigit manusia, tetapi hal ini adalah salah.
Sebenarnya serangga yang menggigit adalah pepijat dalam situasi ini.
Sebenarnya senang untuk mengetahui bahawa anda telah digigit serangga ini. Anda boleh kenali dengan cara gigitan yang tinggal pada kulit anda.
Contohnya:
- Corak gigitan berbentuk garis luruz, zigzag
- Kesan timbul
- Kesan darah atau seperti berkarat
- Bau tak menyenangkan
Seterusnya, pepijat merupakan serangga yang aktif pada waktu malam.
Kerana, waktu ini merupakan waktu yang sesuai untuk serangga tersebut mencari makanan, oleh sebab kita sedang lena ketika itu.
Manakala pada waktu siang pepijat akan menyorokkan dirinya di rak buku, celahan katil, dan tempat-tempat lain yang tersorok, gelap, dan mudah untuk mencari makanan. Jesturu itu memberi ancaman kepada kita.
Di samping itu, pepijat adalah serangga yang bergerak pantas.
Oleh itu, anda mungkin tak akan perasan bahawa serangga tersebut berada pada kulit anda.
Anggota badan yang sentiasa digigit:
Kadang-kadang mungkin anda keliru bahawa anda digigit oleh seranggan lain atau pepijat.
Oleh itu, kami akan memberitahu kawasan yang sentiasa menarik pepijat untuk mendapatkan makanannya!
- Kawasan kaki
- Kawasan belakang
- Tangan dan lengan
- Leher
- Muka
Jika anda mempunyai masalah pepijat mahupun hama yang kawasan rumah atau perniagaan anda, bolehlah berunding dgn team Pest Control ArtClean untuk mendapatkan nasihat untuk membasmi mereka agar tidak berkunjung ke rumah anda. Click di sini!
Admin harap semua article ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.