TIPS MENGELAKKAN KEMALANGAN DI DAPUR

mengelakkan kemalangan di dapur

TIPS MENGELAKKAN KEMALANGAN DI DAPUR

Adakah anda pernah tergelincir di dapur?

Saya yakin kebanyakan orang pernah mengalami kemalangan di dapur.

Tetapi, kemalangan kecil di dapur boleh menjadi kemalangan yang besar jika hentaman yang kuat berlaku apabila terjatuh di dapur.

Terdapat banyak lagi kemalangan yang boleh berlaku di dapur seperti terpijak barang dapur dan terkena barang yang tajam.

Bagi orang dewasa, kita masih boleh mengelakkan kemalangan di dapur daripada berlaku tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak?

Kanak-kanak sering kali juga bermain di dapur dan tanpa disedari kemalangan berlaku.

Pasti, kita semua tidak ingin perkara buruk berlaku di dapur.

Jadi ikuti tips mengelakkan kemalangan di dapur bawah ini bagi memastikan keselamatan keluarga sentiasa terjamin di rumah.

  • Sentiasa keringkan tangan
mengelakkan kemalangan di dapur

Perkara ini mungkin kelihatan tidak penting tetapi sebenarnya ianya amat penting kerana jika tangan kita basah, kita tidak boleh berpegang kepada benda yang berada di dapur kerana tangan terlalu licin.

Tangan basah juga dapat meresap haba dengan cepat.

Sekiranya anda mengendalikan barang panas tanpa mengeringkan tangan terlebih dahulu, anda mungkin akan tersentak dan melepaskannya.

  • Pakai selipar dapur
mengelakkan kemalangan di dapur

Memakai selipar di dapur dapat mengelakkan kita daripada terlincir dan daripada terpijak dengan sebarang benda tajam yang kita tidak perasan.

Selipar yang terbaik untuk digunakan di dapur ialah mempunyai tapak kaki yang tidak mudah tergelincir, penutup kaki yang kukuh dan sol yang selesa.

Selain perlindungan dari kecederaan seperti barang yang jatuh dan lantai yang licin, kasut yang selesa untuk berdiri dalam jangka masa yang lama akan membantu mengelakkan kemalangan di dapur seperti punggung dan ketegangan kaki.

  • Susun alat di dapur dengan elok
mengelakkan kemalangan di dapur

Sekiranya anda mempunyai anak di rumah, jangan simpan pisau atau alat tajam yang mudah diakses dari meja.

Selain menyebabkan luka apabila ditangani dengan tidak betul, benda tajam yang jatuh di lantai boleh menyebabkan kemalangan di dapur yang berkaitan dengan lantai.

Begitu juga, jauhkan semua barang mudah pecah yang diperbuat dari kaca atau seramik dari jangkauan tangan.

Apabila ia pecah, barang-barang halus cenderung menyebarkan serpihan tajam ke lantai menyebabkan kita terpijak atau tergelincir.

Akhir sekali, jangan sesekali naik ke meja untuk mengambil barang yang berada di tempat tinggi.

  • Pastikan lantai sentiasa kering dan selamat
mengelakkan kemalangan di dapur

Apabila siap memasak, pastikan lantai anda tidak basah. Mop dan keringkan lantai yang dipenuhi air agar kita tidak jatuh tergelincir.

Pastikan jubin lantai anda tidak mudah licin. Gunakan tikar dapur jika lantai di dapur anda itu mudah licin.

Jika berlaku sebarang kemalangan seperti kaca pecah, pastikan anda membersihkanya dengan betul agar tidak ada serpihan kecil yang tertinggal.

  • Simpan barang dapur di tempat asal
mengelakkan kemalangan di dapur

Apabila menggunakan pisau atau barang dapur yang lain pastikan anda meletakkannya ke tempat asal.

Ini kerana ingin mengelakkan sebarang kemalangan berlaku seperti tersepak mangkuk, terkena pisau dan terlanggar batang mop.

Kanak-kanak lebih mudah terdedah untuk mengalami kemalangan di dapur jika kita lalai lupa meletakkan barang dapur ke tempat asal yang selamat.

  • Letak first aid kit dan pemadam api.
mengelakkan kemalangan di dapur

Dua benda ini amat penting untuk ada di dapur.

Jika berlaku kebakaran berpunca daripada dapur memasak, kita boleh segera menggunakan pemadam api jika kebakaran semakin besar dan tidak dapat dipadamkan dengan kain basah.

First aid kit dapat membantu kita merawat luka agar tidak menjadi semakin teruk.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top