5 TIPS MEMBERSIH TANDAS DENGAN MUDAH

Setiap dari kamu mesti nak tandas bersih, berbau harum dan lantai berkilat kan? Tapi ramai yang tidak tahu cara membersih tandas dengan mudah dan paling penting cara yang admin berikan ini juga dapat menjimatkan masa anda untuk membersih tandas.

  • CARA MEMBERSIHKAN PERMUKAAN TANDAS TANPA SENTALAN YANG KUAT

membersih tandas

Penggunaan pencuci kimia yang mempunyai bau yang kuat dapat menyumbang kepada penyakit. Jadi lebih baik kita menggunakan barang-barang di dapur untuk dijadikan pencuci semula jadi seperti baking soda dan cuka. Kedua-dua bahan ini adalah penyerap bau dan sifat asidik dalam cuka dapat membantu membasmi kuman dengan berkesan.

Caranya mudah, campurkan saja baking soda dan cuka sehingga menjadi pes. Seterusnya, sapukan pes ini pada lantai, dinding, atau mana-mana bahagian tandas. Biarkan selama 15 minit dan setelah itu bilas dengan air bersih.

Selain cuka, lemon dan garam juga bertindak sebagai agen pencuci yang berkesan. Taburkan garam dan skrubkan bahagian kotoran dengan menggunakan lemon yang telah dibelah dua.

Air suam boleh mempercepatkan pencucian. Ia berkesan untuk dibilas pada lantai dan dinding serta dicurah pada sinki dan tab mandi dalam bilik air.

  • CUCI PENGILAT PILI TANDAS GUNA BABY OIL

membersih tandas

Pili dalam tandas pun kena bersihkan bagi ia nampak berkilat macam cermin. Baru semangat nak gosok gigi. Jadi guna tips ini, mula-mula cuci kepala pili guna sabun pencuci biasa atau baking soda. Gosok sahaja. Setelah itu, sapu sedikit minyak bayi atau baby oil.

  • CARA BERSIHKAN LUBANG TANDAS

Cara mudah membersihkan lubang tandas ialah dengan menggunakan mana-mana pencuci tandas. Selain itu, boleh cuba sembur larutan cuka, air coke atau baking soda ke dalam mangkuk tandas dan biarkan beberapa minit sebelum menggosoknya. Tambahkan sedikit pewangi atau perahan lemon kalau nak wangi. Dah berjaya tanggal, boleh terus bilas. Semburkan untuk bahagian lain juga. Nanti nampak lubang je bersih, bahagian lain kotor.

  • SPAN UNTUK MENCUCI SALURAN PAIP DALAM TANDAS

Anda pernah tak lihat air keluar dengan lumut ketika guna paip getah. Itu maksudnya, paip getah dah kotor dan berlumut kerana sudah lama tidak dicuci. Admin tahu bukan mudah nak cuci paip getah kerana bahagian dalamnya amat kecil dan sukar dicapai.

Jadi untuk mencucinya, sumbatkan beberapa keratan span basuh pinggan yang kecil-kecil dan masukkan ke dalam hujung hos. Seterusnya, pasangkan air dan biar span tersebut keluar melalui hujung yang satu lagi.

  • CUCI TEMPAT SIMPAN AIR DAN PERKAKASAN TANDAS

Tempat simpanan air mestilah dicuci setiap minggu bagi memastikan air takungan tersebut bersih dari tempat pembiakan nyamuk. Jadi nak cuci mudah sahaja iaitu dengan menggunakan sabun pencuci dan berus perlahan-lahan sehingga bersih.

Tempat simpan sabun mandi, berus gigi dan perkakasan lain juga perlu dicuci setiap minggu. Kalau anda membersih tandas setiap minggu, jadi mudahlah kekotoran serta lumut tanggal. Anda tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk membersih bilik air di lain hari.

Nanti bolehlah anda mencuba tips membersih tandas dengan mudah ini.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top