5 TIPS MEMBERSIHKAN AKUARIUM ANDA

Kebiasaannya di rumah mesti ada yang suka pelihara ikan dalam akuarium besar yang cantik-cantik. Mesti anda akan fikir macam mana mereka membersihkan akuarium. Dan anda mesti fikir susahkan? Sebenarnya ada je cara mudah untuk membersihkan akuarium. Jom ikut tips yang diberikan di bawah ini.

  • KELUARKAN DAHULU SEMUA IKAN DAN HIASAN

Tips pertama keluarkan ikan-ikan ke dalam bekas lain dengan menggunakan jaring ikan. Jangan lama-lama, takut ikan mati. Seterusnya keluarkan hiasan-hiasan yang lain bagi memudahkan anda untuk mengeluarkan air dan mencuci akuarium tersebut. Keluarkan semua untuk dicuci, dibersihkan, dan dikeringkan. Kebiasaannya, batu-batu di dalam akuarium disaluti dengan lumut. Boleh mula menggosok kesemua hiasan tersebut.

 

  • BERSIHKAN KACA AKUARIUM

Setelah selesai keluarkan ikan dan hiasan, bersihkan lumut-lumut di kaca akuarium. Jadi untuk membersihkan kotoran-kotoran berupa lumut ini, anda gosok menggunakan span atau berus sehingga lumut itu hilang. Berus gigi pun boleh.

Selain berus, anda juga dapat menggunakan alat pembersih lumut akuarium yang khusus. Alat ini banyak di kedai-kedai menjual peralatan haiwan.

 

  • KELUARKAN AIR BESERTA KOTORAN

Setelah selesai membersihkan lumut yang ada  pada permukaan kaca akuarium, keluarkan kesemua air kotor tersebut. Seterusnya, bilas permukaan akuarium tersebut dengan air dan membuang air kotor tersebut sehingga akuarium betul-betul bersih. Bagi akuarium yang kecil, bolehlah terbalikkan akuarium tersebut sehingga semua kekotoran dapat keluar.

 

  • BERSIHKAN KERAK-KERAK PADA AKUARIUM

Selain lumut, beberapa akuarium yang sudah lama tidak dibersihkan akan memiliki kerak. Kerak pada akuarium ini biasanya jauh lebih keras dan melekat dengan kuat di permukaan kaca, jadi agak susah untuk menanggalkan kerak tersebut. Tapi anda boleh gunakan ubat gigi atau lemon dan serbuk penaik untuk menanggalkan kerak tersebut.

Caranya:

  1. Potong lemon menjadi dua bahagian. Lalu, taburkan serbuk penaik ke atas permukaan kerak di akuarium.
  2. Setelah itu, gosokkan potongan lemon ke kerak akuarium yang sudah ditaburi serbuk penaik tersebut beberapa kali.
  3. Biarkan selama 7 minit. Ubat gigi gosok sahaja sehingga bersih.
  4. Setelah itu, bilas kerak tersebut dengan air bersih.

 

  • ISI AKUARIUM DENGAN AIR BERSIH

Setelah akuarium selesai dicuci, masukkan kembali hiasan yang tadi sudah dicuci dan dikeringkan. Lakukan pengubahsuai landskap bagi akuarium anda. Setelah itu, masukkan bersih ke dalam akuarium secara perlahan-lahan agar tidak mengganggu landskap yang telah dihias dan dilakukan.

Setelah kesemuanya selesai, anda boleh mengambil bekas ikan yang diletakkan ikan tadi untuk dimasukkan ke dalam akuarium. Gunakan jaring ikan sekali lagi. Lakukan dengan perlahan saat mengangkat dan memasukkan ikan ke dalam akuarium, tetapi jangan terlalu lama saat proses perpindahan.

 

INGAT!

Cuci akuarium lebih kurang sebulan sekali untuk memberikan keselesaan kepada ikan-ikan yang dipelihara dalam akuarium tersebut.

 

Semoga tips ini dapat membantu anda semua dalam proses membersihkan akuarium di rumah anda. Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

Phobia of mouse

Can Musophobia go away?

Most people have never heard of musophobia, but it could be something that affects you on a daily basis. Before you can determine whether or not you have musophobia, you must first understand what it is. What is Musophobia? Mice and Rodents Overcoming your fear of Musophobia Getting Rid of Rodents and Mice What is

Pest Control

Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)

ArtClean Pest Control service as a professional pest controller will ensure to support your compliance to the HACCP requirements and mitigate pest risks that may harm your business especially in the food and production industry. We also provide detailed inspection reports before the process begin which can be used for audit purposes. 1. Conduct a

overhaul cleaning Nabil

STANDARD KEBERSIHAN RUMAH NABIL MENJELANG RAYA!

STANDARD KEBERSIHAN RUMAH NABIL MENJELANG RAYA! ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐๐š๐ก ๐ง๐š๐ค ๐๐ž๐ค๐š๐ญ! ๐Œ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ž๐ฑ๐œ๐ข๐ญ๐ž๐ ๐ง๐š๐ค ๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐ค๐š๐ง? Raya, Raya juga, tapi sebelum tu, korang kena bersihkan rumah dulu sebab kebersihan ni merupakan salah satu aspek yang paling penting semasa musim raya. Masa ni lah orang akan kunjung-mengunjung. Tambahan lagi tahun ni sedara mara sudah boleh

ancaman haiwan perosak

Ancaman Haiwan Perosak yang Biasa dan Puncanya

Ancaman Haiwan Perosak yang Biasa dan Puncanya Antara ancaman perosak yang paling biasa terjadi di rumah dan premis perniagaan anda ialah tikus, anai-anai, lipas dan tikus. Haiwan ini bukan sahaja tidak menyenangkan untuk dilihat, tetapi juga boleh menimbulkan ancaman yang agak serius kepada kesihatan anda. Kebanyakan serangga perosak ini boleh membawa bakteria dan toksin berbahaya

Shop
0
Cart
Scroll to Top