5 TIPS MENGURANGKAN KESAN KARAT DI LANTAI

Sakitnya mata bila nampak kesan karat dekat lantai. Kebiasaanya, ia berpunca daripada tindak balas air pada permukaan konkrit. Biasanya ia berlaku pada bahagian paip air dan rekahan konkrit. Dah macam-macam cara diguna untuk menanggalkan kesan karat tersebut?

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan asid.

Tapi, kaedah itu dapat mengundang ancaman lain kalau disalahgunakan. Peluntur dekat kedai pun boleh anda gunakan untuk kurangkan kesan karat di lantai tetapi anda perlu pandai memilihnya.

Pilih yang tidak memerlukan kos yang besar dan juga dapat mengurang bahaya untuk anak-anak.

Jadi, tips-tips di bawah dapat mengurangkan kesan karat di lantai:

  • CUKA DAN LEMON

Sebenarnya, ada cara yang lebih selamat dan mudah unutk mengurangkan kesan karat di lantai iaitu dengan hanya menggunakan lemon.

  • Cuci keseluruhan permukaan yang terdapat kesan karat dengan air bersih terlebih dahulu.
  • Perah lemon pada kawasan berkarat dan gosok seketika di kawasan tersebut dengan menggunakan kulit lemon tersebut.
  • Biarkan selama 10 minit.
  • Berus permukaan yang diperah lemon dengan berus dawai.
  • Semburkan sedikit cuka pada permukaan digosok dan ulang beberapa kali sehingga hilang karat.
  • CUKA DAN SERBUK PENAIK (BAKING SODA)

Serbuk penaik untuk buat kek pun boleh digunakan untuk mengurangkan kesan karat di lantai.

Mudah sahaja caranya.  Anda boleh menggunakan campuran cuka dan serbuk penaik.

  • Pertama, tuangkan campuran cuka dan serbuk penaik ke tempat yang mempunyai karat.
  • Biarkan larutan selama beberapa minit.
  • Seterusnya, bilas dengan air dan lap dengan kain kering.
  • MINYAK TANAH

Bagi menghilangkan karat dari apa-apa jenis bahan, tidak ada pilihan yang lebih hebat daripada menggunakan minyak tanah. Ia sama seperti cuka, tetapi ia lebih cepat dan kuat.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1)    Tuangkan dua sudu minyak tanah di atas lantai yang terdapat karat.

2)    Biarkan sekitar 10 minit.

3)    Seterusnya gosok permukaannya menggunakan kain kapas.

4)    Biarkan selama 5 minit lagi dan kemudian bersihkan dengan tisu atau tuala. Akhir sekali, gunakan air.Elakkan daripada anak-anak kecil lalu di tempat tesebut ketika menggunakan tips ini.

  • TOMATO DAN GARAM

mengurangkan kesan karat di lantai

Tomato bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak. Rupa-rupanyanya ia boleh juga mengurangkan kesan karat di lantai.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1)    Potong sebiji tomato dan gosokkan salah satu kepada kesan karat tersebut.

2)    Seterusnya, taburkan sedikit garam di atasnya dan gosokkan dengan berus gigi dalam gerakan bulat.

3)    Cuci dengan air dan akan nampak kesannya.

  • BATU APUNG

Sental guna batu apung pun boleh kurangkan kesan karat di lantai. Batu apung sangat  berguna pada karat yang degil. Jangan bimbang, batu apung tidak akan merosakkan permukaan lantai anda.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua mengurangkan kesat karat di lantai rumah anda. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top