TIPS KESELAMATAN ASAS APABILA TINGGAL BERSEORANGAN DI RUMAH

berseorangan di rumah

TIPS KESELAMATAN ASAS APABILA TINGGAL BERSEORANGAN DI RUMAH

berseorangan di rumah

Tinggal berseorangan di rumah bukanlah satu perkara yang menakutkan kerana ramai di kalangan kita lebih selesa apabila masa-masa seharian di rumah digunakan sebaiknya tanpa gangguan orang lain.

Lain orang lain cita rasanya jadi ada yang suka tinggal berseorangan dan ada yang lebih suka tinggal beramai-ramai kerana ingin suasana yang meriah.

Walaupun tinggal berseorangan di rumah bukanlah satu perkara yang disukai oleh individu, mereka terpaksa juga menghadapi perkara tersebut oleh kerana faktor pekerjaan dan tempat tinggal.

Tinggal berseorangan di rumah boleh membawa bahaya kerana kemungkinan besar kita menjadi tumpuan penjahat kerana mereka tahu kita tinggal berseorangan di rumah.

Jadi, apakah yang kita perlu lakukan apabila tinggal berseorangan di rumah?

Ikuti tips keselamatan di bawah agar anda berasa tenang dan selamat di rumah:

  • Sentiasa lakukan pemeriksaan keselamatan di rumah.
berseorangan di rumah

Pastikan anda periksa setiap penjuru rumah seperti pintu, pagar dan jendela.

Pastikan setiap tempat tersebut berada dalam keadaan selamat iaitu tidak rosak dan tidak mudah dimasuki oleh orang asing.

Jangan biarkan bahagian rumah yang rosak dapat dimasuki oleh penjahat dengan mudah apabila berseorangan di rumah atau tiada di rumah.

  • Laporkan sebarang perkara aneh yang berlaku.
berseorangan di rumah

Jangan takut untuk menelefon polis apabila anda terdengar sebarang bunyi bising pada pukul 3.00 pagi jadi mereka boleh datang untuk memeriksa kerana itu merupakan salah satu tugas mereka.

Apabila anda tinggal berseorangan di rumah, jangan beranikan diri dan sila pastikan anda tidak keluar jika terdapat sebarang perkara pelik yang berlaku.

Kunci bilik dan tunggu polis datang untuk membuat pemeriksaan.

  • Pasang kamera litar tertutup ( CCTV )
berseorangan di rumah

Walaupun kita perlu mengeluarkan sedikit wang untuk membeli CCTV, kita perlu ingat bahawa keselamatan lebih penting dari segalanya.

Tambahan pula, kita tinggal berseorangan di rumah.

Tetapi pada masa kini, CCTV boleh didapati dengan harga bawah RM200. Jadi kita boleh mengorbankan sedikit wang untuk keselamatan diri.

Lebih senang untuk kita melihat apa yang terjadi di luar kawasan rumah atau di dalam rumah dengan melihatnya dari bilik kita apabila terjadi sebarang perkara aneh.

Keberangkalian orang jahat untuk memecah masuk rumah yang mempunyai CCTV juga rendah kerana identiti mereka boleh terdedah.

  • Kenali dan rapat dengan jiran anda
berseorangan di rumah

Hidup berjiran amatlah penting kerana ia boleh memberikan manfaat kepada kita lebih-lebih lagi apabila kita ditimpa musibah.

Apabila terdapat bahaya menimpa kita di rumah, kita boleh meminta tolong daripada mereka.

Jiran juga dapat memeriksa keadaan rumah contohnya mereka terus menelefon polis apabila melihat sesuatu mencurigakan atau pencuri memasuki rumah ketika ketiadaan kita di rumah.

Mereka juga lebih berwaspada dengan kejiranan apabila mengetahui kita duduk berseorangan di rumah.

  • Gunakan kunci pintar
berseorangan di rumah

Kita semua tahu bahawa menyembunyikan kunci di bawah tikar sama dengan menghantar jemputan kepada pencuri.

Terima kasih kepada kunci pintar kerana anda tidak perlu lagi bimbang tentang kunci yang hilang.

Kunci pintar boleh menggunakan segala-galanya dari kod nombor hingga cap jari anda sebagai kunci.

Banyak juga kunci pintar dilengkapi dengan alat kawalan jauh yang membolehkan anda memeriksa untuk pastikan anda ingat mengunci pintu, jika anda terlupa, anda boleh menguncinya dengan serta-merta hanya dengan sapuan jari anda.

Tinggal bersendirian di rumah mempunyai faedahnya, tetapi tinggal berseoranan di rumah juga boleh mendatangkan bahaya.

Penjahat selalu mencari sasaran yang mudah dan semakin sedikit kuantiti orang yang tinggal di rumah, semakin mudah untuk penjahat masuk tanpa kita sedar tetapi kita dapat memiliki ketenangan dari perlindungan digital dan praktikal.

Rancang lebih awal agar dapat meraih faedah hidup secara sendirian tanpa merasa seperti sasaran.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

full PPE cleaning

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN?

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN? We take great pride in the job that ArtClean accomplishes, which is why we always exceed ourclients’ expectations. Our company is an established leader in the industry, and we offer deepcleaning and pest control services to homes and businesses alike. Why ArtClean? 1. Knowledge and Skill Pests can

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

Shop
0
Cart
Scroll to Top