TIPS HALAU LIPAS DALAM KERETA

halau lipas dalam kereta

TIPS HALAU LIPAS DALAM KERETA

Lipas merupakan haiwan yang sangat kotor dan dapat mendatangkan penyakit kepada manusia.

Bentuk badan yang keras serta berwarna coklat terang itu tidak disukai oleh kebanyakan orang lagi-lagi apabila lipas itu terbang tidak tentu arah.

Binatang jijik ini suka berada di tempat yang kotor dan sempit seperti sampah, belakang almari dan dalam laci.

Tambahan pula, salah satu tempat yang turut menjadi tumpuan lipas ialah di dalam kereta.

Sudah pasti setiap pemilik kereta tidak mahu kereta mereka didiami oleh lipas kerana lipas itu haiwan yang kotor. Lipas boleh kekal lama di dalam kereta jika pemilik kereta itu tidak mengambil sebarang tindakan untuk halau lipas dalam kereta.

Jadi di sini saya akan memberi tahu anda semua bagaimana tips halau lipas dalam kereta.

Tetapi, terlebih dahulu saya senaraikan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa terdapat lipas di dalam kereta.

Bagaimana untuk mengetahui terdapat lipas dalam kereta?

  • Terdapat kotoran najis lipas

Terjumpa najis lipas di dalam kereta adalah tanda pencerobohan lipas.

Kotoran ini boleh kelihatan seperti lada hitam atau serbuk kopi.

Semakin banyak bilangan kotoran, semakin banyak juga bilangan lipas.

  • Bau lipas

Lipas menghasilkan bau minyak yang pelik. Bau pelik itu meresap dan bertambah buruk seiring berjalannya waktu.

Seekor lipas mungkin tidak menghasilkan bau yang cukup tetapi kehadiran banyak lipas dapat meningkatkan bau.

Bau lipas itu juga terhasil dari mayat lipas yang sudah mati.

  • Telur lipas

Apabila telur menetas, mereka meninggalkan satu kulit keras yang berbentuk bujur dan warna kecoklatan.

Kulit keras ini boleh memuatkan antara 20 – 50 telur.

Telur harus dihancurkan dengan segera apabila dilihat untuk mengelakkannya menetas di dalam kereta.

  • Terdapat bangkai lipas

Lipas merupakan hidupan yang suka berada dalam kumpulan.

Jadi, apabila kita melihat mayat seekor lipas bererti terdapat banyak lagi lipas yang berada di dalam kereta anda.

Bagaimana untuk halau lipas dalam kereta?

  • Menggunakan vakum mudah alih untuk halau lipas dalam kereta.

Hal ini juga dapat memastikan dalaman kereta sentiasa bersih. Vakum sangat penting kerana vakum bukan sahaja dapat halau lipas dalam kereta, tetapi juga dapat mengumpul sisa makanan dan juga kotoran. Sangat penting untuk membersihkan semua sisa yang terdapat di celah-celah dan di bawah tempat duduk. Selain itu, jangan lupa untuk membersihkan tumpahan cecair di tempat duduk atau lantai.

  • Beli perangkap lipas dan letakkan di dalam kereta.

Perangkap juga merupakan kaedah yang berkesan untuk halau lipas dalam kereta kerana dapat memberikan tarikan kepada lipas. Pelekat yang kuat pada perangkap lipas menyebabkan lipas bersentuhan dengan perangkap kemudian tersekat dan mati.

  • Menggunakan daun pandan untuk halau lipas dalam kereta.
  • Bertentangan dengan kepercayaan popular, daun pandan sebenarnya tidak memiliki sifat membunuh lipas. Sebenarnya, daun pandan hanya berfungsi sebagai penghalau perosak. Daun segar yang kering malah boleh berubah menjadi sumber makanan kepada lipas untuk memasuki kereta.

Bagaimana untuk mengelakkan lipas masuk ke dalam kereta?

  • Selalu bersihkan dalam kereta.
  • Elakkan makan di dalam kereta.
  • Elakkan parking kereta di tepi longkang dan tong sampah.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top