Cara Penjagaan Kolah : Ini Cara Penjagaan Kolah Di Bilik Air

Zaman dahulu, kebiasaannya setiap tandas rumah mempunyai kolah yang besar untuk dijadikan tempat tadahan air. Tapi masih kurang ilmu cara penjagaan kolah.

Masih segar dalam ingatan admin, seronok mandi air kolah lebih-lebih lagi di kampung sebab airnya sejuk dan menyegarkan.

Cara Penjagaan Kolah

Nak jaga kolah ni ada caranya juga. Cara-caranya ialah kita perlu rajin dan kerap menukar air di dalam kolah.

Jika tidak ditukar, kolah akan dipenuhi dengan lumut dan wujudnya jentik-jentik yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk AEDES.

Oleh itu, air di dalam kolah perlu ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Setelah itu, masukkan ubat penghapus jentik-jentik iaitu ubat ABATE ke dalam kolah tersebut.

Baru nyamuk tak boleh bersuka ria hidup di dalam kolah. Hal ini juga boleh mengurangkan kes demam denggi di negara kita.

Cara Penjagaan Kolah 2

Permukaan dalam dan luar kolah perlu dibersihkan iaitu sebulan sekali.

Jika kerap membersihkan permukaan tersebut, ia akan kelihatan berkilat sepanjang masa dan tidak akan dipenuhi dengan lumut. Baru sedap mata memandang.

Tapi sekarang, kebanyakan kolah sudah moden dan cantik dengan permukaan yang licin yang diperbuat daripada mozek. Jadi tak susah, sapu-sapu sedikit dengan kain basah dah bersih.

Seterusnya, kita dinasihat untuk meletakkan kolah ditempat yang tinggi dari lantai tandas bagi mengelakkan air kotor memasuki kolah tersebut.

Saiz kolah juga perlu tinggi bagi mengelakkan anak-anak kecil memanjat kolah kerana ia dapat mengundang bahaya kepada mereka.

error: Content is protected !!