CARA MENYIMPAN MAKANAN DI DALAM PETI SEJUK

simpan makanan

CARA MENYIMPAN MAKANAN DI DALAM PETI SEJUK

Simpan makanan dengan betul dalam peti sejuk akan membantu mengelakkan makanan dari basi, tercemar dan rosak.

Simpan makanan dalam peti sejuk di ruang dingin (chiller) dan juga di ruang sejuk beku (freezer).

Baca label pada pembungkus/bekas makanan untuk cara simpan makanan sebelum dan selepas membukanya.

SIMPAN MAKANAN DI RUANG PENDINGIN (CHILLER)

simpan makanan

  • Simpan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dalam ruang yang berbeza dan bertutup.
  • Simpan makanan yang telah dimasak di dalam bekas atau beg plastik yang bertutup, dibungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium bagi mengelakkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah.
  • Simpan makanan masak di bahagian atas manakala simpan makanan  mentah di bahagian bawah bagi mengelakkan pencemaran. Makanan yang telah dimasak boleh jadi tercemar walaupun bercampur sedikit saja bahan mentah. Bahan mentah seperti daging dan sayur-sayuran biasanya mengandungi kuman yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak.
  • Simpan sayur-sayuran di dalam beg plastik berlubang dalam ruang sayur-sayuran. Ini bagi mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara.
  • Simpan buah-buahan dan sayur-sayuran berasingan kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan gas Ethelene dalam peti sejuk yang akan merosakkan makanan.
  • Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.

simpan makanan
  • Simpan makanan yang berasaskan telur berasingan dari bawang bagi mengelakkan ia berubah dengan bau bawang.
  • Jangan simpan makanan panas terus di dalam peti sejuk. Ia hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.
  • Jangan simpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk.  Ini kerana jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.
  • Jangan simpan makanan yang telah dimasak lebih dari 3 hari di dalam peti sejuk.

SIMPAN MAKANAN DIRUANG SEJUKBEKU (FREEZER)

simpan makanan
  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas atau beg plastik yang kedap udara bagi menghalang kehilangan kelembapan yang boleh menyebabkan kekeringan dan mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya.
  • Potong dan bungkus daging, ayam, itik atau ikan di dalam saiz hidangan yang bersesuaian dengan penggunaan anda sebelum dibekukan. Saiz yang lebih kecil akan lebih mudah beku dalam masa yang singkat.
  • Bungkus makanan dengan bekas plastik atau plastik sejuk beku sebelum simpan makanan ke dalam ruang sejuk beku (freezer).
  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di ruang sejuk beku.  Daging dan ikan hendaklah disimpan dalam ruang sejuk beku secepat mungkin selepas dibeli dan dibersihkan untuk mengelakkan kerosakan.
  • Nyahbeku bahagian yang diperlukan sahaja. Elakkan menyejukbeku atau simpan semula  makanan yang telah  dinyahbeku.
  • Jangan simpan buah-buahan atau sayur-sayuran di ruang sejuk beku. Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran.
  • Jangan simpan makanan beku dalam tin. Kandungan makanan dalam tin akan mengembang pada tahap beku dan merosakkan tin tersebut.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top