CARA MENGATASI TANDAS DI RUMAH BERBAU BUSUK

Dari jauh dah boleh bau busuk dari tandas. Nak kata tak cuci, kerap je cuci tandas. Kenapa cepat sangat tandas berbau busuk? Ada tak cara untuk mengatasi tandas berbau busuk? Ada!

Berikut adalah cara-cara untuk  anda mengatasi tandas di rumah berbau busuk:

SINARAN CAHAYA MATAHARI

Sinaran cahaya matahari dapat membunuh kuman dan bakteria di dalam bilik air. Sehubungan itu, sebelum anda membina tandas di rumah, pastikan anda mencari  sedikit ruang yang dapat memberikan sinaran cahaya matahari.

PENGUDARAAN

Bagi mengatasi tandas berbau busuk, sebaiknya tandas di rumah mempunyai tingkap atau lubang-lubang yang dapat mengalirkan bau busuk dari dalam dan mengantikan dengan udara yang segar dari luar. Sekarang, setiap rumah akan dipasang extractor fan yang bertindak mengalirkan udara dalam bilik air.

ELAK MENGGANTUNG BAJU ATAU TUALA

Nak mudah jemur dan nak mudah capai? Tabiat ini selalu dilakukan oleh kita. Jadi, elakkan jemur baju atau tuala dalam bilik air kerana ia dapat mengaktifkan kuman-kuman dan seterusnya menyebabkan tandas berbau hapak dan busuk.

PASTIKAN TONG SAMPAH SELALU KOSONG

Kebiasaannya, tisu-tisu basah, pad wanita atau lampin pakai buang anak-anak selalu dibuang ke dalam tong sampah yang berada di dalam tandas. Jadi sampah-sampah tersebut menyebabkan tandas bertambah berbau busuk. Lagi-lagi kalau tong sampah tidak ditutup. Anda dinasihatkan supaya menutup tong sampah dan pastikan setiap hari anda menukarkan plastik sampah baru.

GUNAKAN ‘ESSENTIAL OIL’

Sekarang mudah je kalau nak bagi tandas berbau harum dan segar, anda boleh cuba dengan memasukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titis essential oil seperti eucalyptus, sitrus atau lavender dalam botol spray. Selepas itu, letak campuran tersebut di dalam tandas dan tandas anda akan berbau segar.

HIRISAN LEMON

Hirisan lemon juga boleh mengatasi tandas berbau busuk. Caranya mudah iaitu dengan memotong lemon dan letakkan hirisan lemon tersebut bersama garam. Gantikan garam dalam masa 4-5 hari. Semua bau yang kurang menyenangkan akan diserap oleh hirisan lemon.

 HAMPAS KOPI

Hampas kopi jangan dibuang terus selepas minum kerana ia dapat mengatasi tandas berbau busuk. Caranya mudah, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram. Anda akan mendapati bahawa bau tandas yang tidak menyenangkan itu akan hilang.

ARANG

Arang merupakan bahan semulajadi yang mampu menyerap bau busuk. Cara menghilangkan bau tandas adalah dengan meletakkan beberapa ketul arang kecil di dalam beg kain atau beg plastik yang berlubang-lubang (Macam beg yang orang letakkan bunga rampai semasa menyambut Maal Hijrah) Kemudian, gantungkannya di tempat yang berbau seperti sebelah mangkuk tandas.

Anda juga boleh cuba untuk menanam pokok bunga seperti jasmine, lily dan ros kerana ia dapat mencantikkan pemandangan dan juga mewangikan bilik air secara semulajadi.

Akhir sekali, cara yang wajib dilakukan oleh anda untuk mengatasi tandas berbau busuk adalah dengan membersihkan tandas dengan kerap. Hal ini kerana ia dapat menyelamatkan anda daripada perlu menyental kotoran-kotoran degil dan bau yang kurang menyenangkan juga dapat diatasi dengan mudah.

 

Harap cara-cara ini dapat membantu anda untuk mengatasi tandas di rumah anda berbau busuk.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top