CARA MENGATASI TANDAS DI RUMAH BERBAU BUSUK

mengatasi tandas berbau busuk

CARA MENGATASI TANDAS DI RUMAH BERBAU BUSUK

Dari jauh dah boleh bau busuk dari tandas. Nak kata tak cuci, kerap je cuci tandas. Kenapa cepat sangat tandas berbau busuk?

Ada tak cara untuk mengatasi tandas berbau busuk?

Ada.

Berikut adalah cara-cara untuk  anda mengatasi tandas di rumah berbau busuk:

Sinaran Cahaya Matahari

Sinaran cahaya matahari dapat membunuh kuman dan bakteria di dalam bilik air.

Sehubungan itu, sebelum anda membina tandas di rumah, pastikan anda mencari  sedikit ruang yang dapat memberikan sinaran cahaya matahari.

Pengudaraan

Bagi mengatasi tandas berbau busuk, sebaiknya tandas di rumah mempunyai tingkap atau lubang-lubang yang dapat mengalirkan bau busuk dari dalam dan mengantikan dengan udara yang segar dari luar.

Sekarang, setiap rumah akan dipasang extractor fan yang bertindak mengalirkan udara dalam bilik air.

Elakkan Menggantung Baju atau Tuala

Nak mudah jemur dan nak mudah capai? Tabiat ini selalu dilakukan oleh kita.

Jadi, elakkan jemur baju atau tuala dalam bilik air kerana ia dapat mengaktifkan kuman-kuman dan seterusnya menyebabkan tandas berbau hapak dan busuk.

Pastikan Tong Sampah Terlalu Kosong

Kebiasaannya, tisu-tisu basah, pad wanita atau lampin pakai buang anak-anak selalu dibuang ke dalam tong sampah yang berada di dalam tandas.

Jadi sampah-sampah tersebut menyebabkan tandas bertambah berbau busuk.

Lagi-lagi kalau tong sampah tidak ditutup. Anda dinasihatkan supaya menutup tong sampah dan pastikan setiap hari anda menukarkan plastik sampah baru.

GUNAKAN ‘ESSENTIAL OIL’

Sekarang mudah je kalau nak bagi tandas berbau harum dan segar, anda boleh cuba dengan memasukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titis essential oil seperti eucalyptus, sitrus atau lavender dalam botol spray.

Selepas itu, letak campuran tersebut di dalam tandas dan tandas anda akan berbau segar.

Hirisan Lemon

Hirisan lemon juga boleh mengatasi tandas berbau busuk.

Caranya mudah iaitu dengan memotong lemon dan letakkan hirisan lemon tersebut bersama garam.

Gantikan garam dalam masa 4-5 hari. Semua bau yang kurang menyenangkan akan diserap oleh hirisan lemon.

Hampas Kopi

Hampas kopi jangan dibuang terus selepas minum kerana ia dapat mengatasi tandas berbau busuk.

Caranya mudah, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram.

Anda akan mendapati bahawa bau tandas yang tidak menyenangkan itu akan hilang.

Arang

Arang merupakan bahan semulajadi yang mampu menyerap bau busuk. Cara menghilangkan bau tandas adalah dengan meletakkan beberapa ketul arang kecil di dalam beg kain atau beg plastik yang berlubang-lubang (Macam beg yang orang letakkan bunga rampai semasa menyambut Maal Hijrah).

Kemudian, gantungkannya di tempat yang berbau seperti sebelah mangkuk tandas.

Anda juga boleh cuba untuk menanam pokok bunga seperti jasmine, lily dan ros kerana ia dapat mencantikkan pemandangan dan juga mewangikan bilik air secara semulajadi.

Akhir sekali, cara yang wajib dilakukan oleh anda untuk mengatasi tandas berbau busuk adalah dengan membersihkan tandas dengan kerap.

Hal ini kerana ia dapat menyelamatkan anda daripada perlu menyental kotoran-kotoran degil dan bau yang kurang menyenangkan juga dapat diatasi dengan mudah.

Harap cara-cara ini dapat membantu anda untuk mengatasi tandas di rumah anda berbau busuk. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

tips room look bigger

TIPS TO MAKE SMALL ROOM LOOK BIGGER

TIPS TO MAKE SMALL ROOM LOOK BIGGER If you live in a small home, you should not have to make sacrifices when it comes to your floor plan. Armed with a little creative thinking, you might just be surprised by what you can achieve. From shapeshifting furniture to slimline appliances and nifty storage hacks, here

panduan sebelum bercuti

PANDUAN SEBELUM MENINGGALKAN RUMAH UNTUK PERGI BERCUTI

PANDUAN SEBELUM MENINGGALKAN RUMAH UNTUK PERGI BERCUTI Ingin pergi bercuti tetapi risau untuk meninggalkan rumah? Perasaan risau dan khawatir ini sering timbul dalam diri semua orang kerana perlu meninggalkan rumah buat tempoh yang lama atau pergi bercuti. Kenapa perasaan ini muncul? Sudah pastilah kerana kurang persiapan tentang perkara yang perlu dilakukan sebelum meningggalkan rumah untuk

vakum tidak sedut habuk

KENAPA VAKUM TIDAK SEDUT HABUK DENGAN PADU?

KENAPA VAKUM TIDAK SEDUT HABUK DENGAN PADU? Apabila mengemas dan membersihkan rumah, pasti anda ingin semua kerja berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Perkara paling utama yang diinginkan semasa mengemas rumah semestinya segala tugasan disiapkan dengan cepat kerana tidak mahu menghabiskan masa dan tenaga untuk membersihkan rumah sahaja. Pada era moden ini, terdapat banyak teknologi

lose belly fat

SIMPLE WAY TO LOSE BELLY FAT IN 2 MONTHS

SIMPLE WAY TO LOSE BELLY FAT Simple way to lose belly fat? Belly fat is the excessive abdominal fats around your belly. There are a few factors of belly fat such as eating many fast foods or fried foods, white flour, white rice, alcoholic beverages and even drink whole milk. Belly fats are harmful, and

Scroll to Top