Cara Hilangkan Eye Bag Dengan Mudah!
Bagaimana Eye Bag Boleh Ada?
Lama kelamaan, kulit manusia secara semula jadi akan kehilangan kolagen.
Oleh itu, penampakan urat akan mula muncul pada kulit anda.
Selain itu, kulit akan mula kedut dan eye bag mula membentuk pada bawah mata setelah sekian hari.
Simptom-simptom ini akan menjadi lebih kelihatan apabila sinar matahari terpancar pada kulit.
Ia akan mempercepatkan lagi proses penuaan.
Seterusnya, genetik juga akan mempengaruhi keadaan ini.
Terdapat sesetengah individu yang tak pernah ada eye bag di bawah mata berbanding yang lain kerana kapilari di bawah mata mereka.
Dan juga simptom-simptom lain yang boleh dipengaruhi oleh genetik.
Namun, untuk orang lain, eye bag di bawah mata bukan disebabkan penuaan, matahari atau genetik.
Ia boleh terjadi kerana masalah alahan.
Contohnya, alergi kerana debu atau musim.
Musim bunga mengeluarkan pembebasan histamin.
Pembebasan histamin menyebabkan tindak balas keradangan.
Yang bermaksud, saluran darah kita menjadi radang dan membengkak.
Ia termasuk di seluruh kawasan mata kita.
Bagaimana Kita Boleh Buang Eye Bag?
- Uncang Teh
Anda tidak perlulah pakai uncang teh yang baru.
Tapi guna sahaja yang sudah dipakai untuk membuat air.
Caranya: Basuh sampai bersih dan sejukkan di dalam peti ais selama 10 hingga 15 minit.
Kemudian, tekapkan uncang tersebut di bahagian mata selama 15 minit.
Anda boleh lakukannya sama ada sebelum ataupun selepas bangun tidur.
- Jus timun dan limau
Selain itu, anda boleh menggunakan kepingan timun dan limau untuk dijadikan jus.
Selepas itu, gunakan kapas dan celur pada cecair jus tersebut.
Letakkan pada kulit anda selama 15 minit dan kemudian cuci dengan air suam.
- Tomato
Tomato merupakan bahan yang kaya dengan likopen, baik untuk kesihatan kardiovaskular, dan kulit anda.
Ia membentuk kulit anda menjadi lebih lembut dan mengurangkan eyebag pada bawah mata.
Anda juga boleh cuba campurkan jus tomato dan jus lemon.
Gunakan kapas untuk sapu pada bawah mata.
Biarkan larutan selama 10 minit dan cuci dengan air suam.
Amalkan dua kali sehari.
- Susu
Produk ternusu seperti susu mengandungi sumber vitamin A, dan retinoid yang dapat menjaga kulit agar kelihatan muda.
Rendamkan kapas dalam mangkuk susu sejuk.
Biarkan kapas yang diserap susu pada bawah mata selama 10 minit.
Gunakan dua kali sehari.
Kemudian bilas dengan air suam.
- Pelembap kulit (moisturizer)
Dan yang terpaling penting adalah menggunakan pelembap kulit dua kali sehari.
Kemudian kuncikan dengan SPF agar dapat menghalang kesan daripada matahari.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.