CARA BETUL PENJAGAAN CERMIN MATA ANDA
Cermin mata merupakan satu perkara penting buat si pemakai cermin mata. Tanpa cermin mata mereka tidak mempunyai penglihatan yang sempurna untuk melakukan aktiviti seharian.
Selain penjagaan kesihatan diri, kebersihan cermin mata juga perlu dijaga sebaiknya.
Penjagaan cermin mata yang betul sangat penting untuk mengelakkan cermin mata rosak, tercalar dan menjadi sarang terkumpulnya semua jenis kotoran seperti habuk, debu dan bakteria.
Di sini terdapat beberapa cara penjagaan cermin mata yang boleh anda amalkan.
Basuh Tangan Sebelum Pegang Cermin Mata
Seperti yang disarankan oleh World Health Organization (WHO), pemakai cermin mata hendaklah membasuh tangan sebelum memegang cermin mata.
Ini untuk mengelakkan virus atau bakteria melekat pada cermin mata anda.
Anda juga boleh menggunakan spray khas untuk mencuci permukaan kanta cermin mata, ia ibarat ‘sanitizer’ untuk cermin mata.
Membersihkan Cermin Mata
Jangan menggunakan air liur untuk membersihkan cermin mata, ini kerana air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh menyebabkan lapisan anti silau kanta rosak.
Jadi bersihkan cermin mata anda dengan menggunakan air paip biasa atau pencuci cermin khas.
Menggunakan Kain Microfiber
Elakkan tabiat suka menggunakan tudung atau baju untuk mengelap cermin mata kerana kanta akan mudah tercalar disebabkan material kain tersebut agak kasar dan tidak sesuai digunakan.
Elak juga lap cermin mata ketika kering kerana mudah tercalar disebabkan habuk yang melekat. Oleh itu, pastikan anda menggunakan kain microfiber untuk mengelap kanta supaya lebih bersih.
Simpan Cermin Mata Di Dalam Bekas
Jangan biar atau tinggalkan cermin mata anda di merata-rata tempat. Jika ingin membuka sekejap cermin mata anda, boleh letakkan cermin mata menghadap ke atas atau menghadap syiling rumah. Ini untuk elakkan cermin mata dari tercalar.
Jika tidak mahu memakai dan menggunakan cermin mata, simpan di dalam bekas cermin mata. Elak juga meninggalkan cermin mata di dalam kereta kerana menyebabkan lapisan multicoated mudah rosak dan menggelupas.
Elak Buka Cermin Mata Dengan Sebelah Tangan
Jangan buka cermin mata anda dengan sebelah tangan kerana akan menyebabkan cermin mata mudah longgar dan mudah patah.
Sebaiknya guna kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai.
Tips dan panduan ini akan memberikan cermin mata anda tahan lama, lambat calar dan kelihatan baru seperti pertama kali dipakai.
Semoga cara penjagaan cermin mata ini menjadi panduan dan bermanfaat buat anda semua! Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.