CARA BERSIH BLENDER BERBAU, KEKUNINGAN DAN TAJAMKAN MATA BLENDER.

tajamkan mata blender

CARA BERSIH BLENDER BERBAU, KEKUNINGAN & TAJAMKAN MATA BLENDER.

Blender di rumah anda kekuningan akibat kegunaan harian di dapur dan juga berbau bawang/lada kisar dan mata blender tidak lagi tajam?

Ingin tahu bagaimana cara untuk bersih blender dan tajamkan mata blender?

Ikuti cara ini untuk bersih blender yang kekuningan serta cara tajamkan mata blender:

  • Menggunakan Limau Nipis & Beras

tajamkan mata blender

Bahan-bahan :

  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu makan beras
  • Air secukupnya

Cara-caranya :

  1. Ambil limau nipis. Potong kecil.
  2. Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
  3. Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
  4. Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.
  5. Gunakan hampas limau tadi untuk bersih blender bahagian dalam dan luar  blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu.

  • Menggunakan Cuka

tajamkan mata blender

Bahan-bahan :

  • 2 sudu cuka makan
  • 1 cawan air panas

Cara-caranya :

  1. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan biarkan di dalam blender selama 15-20 minit.
  2. Kemudian kisar dua bahan tadi hingga blender bersih dan berkilat. Bilas dengan air panas dan keringkan.

TIPS TAJAMKAN MATA BLENDER

tajamkan mata blender
  • Menggunakan Garam Kasar

Bahan-bahan :

1 Mangkuk garam kasar (pastikan garam kering dan tidak berair)

Cara-caranya :

  1. Masukkan garam kasar tersebut ke dalam blender dan kisar sehingga garam menjadi halus.
  2. Keluarkan garam tersebut dan bersih blender anda. Hasilnya mata blender anda akan lebih tajam dari sebelum ini.

*Bersih blender dan tajamkan mata blender sekurang-kurang 2 kali dalam sebulan.

Moga cara ini berguna buat semua! Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

Phobia of mouse

Can Musophobia go away?

Most people have never heard of musophobia, but it could be something that affects you on a daily basis. Before you can determine whether or not you have musophobia, you must first understand what it is. What is Musophobia? Mice and Rodents Overcoming your fear of Musophobia Getting Rid of Rodents and Mice What is

Pest Control

Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)

ArtClean Pest Control service as a professional pest controller will ensure to support your compliance to the HACCP requirements and mitigate pest risks that may harm your business especially in the food and production industry. We also provide detailed inspection reports before the process begin which can be used for audit purposes. 1. Conduct a

overhaul cleaning Nabil

STANDARD KEBERSIHAN RUMAH NABIL MENJELANG RAYA!

STANDARD KEBERSIHAN RUMAH NABIL MENJELANG RAYA! 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭! 𝐌𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐞𝐱𝐜𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐧𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐧? Raya, Raya juga, tapi sebelum tu, korang kena bersihkan rumah dulu sebab kebersihan ni merupakan salah satu aspek yang paling penting semasa musim raya. Masa ni lah orang akan kunjung-mengunjung. Tambahan lagi tahun ni sedara mara sudah boleh

ancaman haiwan perosak

Ancaman Haiwan Perosak yang Biasa dan Puncanya

Ancaman Haiwan Perosak yang Biasa dan Puncanya Antara ancaman perosak yang paling biasa terjadi di rumah dan premis perniagaan anda ialah tikus, anai-anai, lipas dan tikus. Haiwan ini bukan sahaja tidak menyenangkan untuk dilihat, tetapi juga boleh menimbulkan ancaman yang agak serius kepada kesihatan anda. Kebanyakan serangga perosak ini boleh membawa bakteria dan toksin berbahaya

Shop
0
Cart
Scroll to Top