5 TIPS MEMBERSIHKAN KOTORAN DI KARPET RUMAH
Di rumah, perkara yang paling leceh dan malas ialah ketika mencuci karpet. Kalau air dah tumpah, gula-gula getah melekat dekat karpet dan debu-debu menebal dalam karpet mulalah pening kepala. Macam mana nak cuci ni?
Jadi admin nak bagi tips-tips mudah untuk membersihkan kekotoran di karpet rumah anda.
- Tekup kotoran terlebih dahulu
Kita selalu salah bertindak sejurus air tumpah di atas karpet, mesti cepat-cepat ambil kain dan terus gosok dengan kuat kan?
Mulai harini, anda perlu tekup dahulu kotoran itu dan biarkan kain meresap kekotoran tersebut.
Seterusnya, baru anda boleh gunakan bahan-bahan pencuci untuk membersihkan kekotoran di karpet.
- Cecair pencuci pinggan
Gunakan bahan pencuci pinggan mangkuk di dapur.
- 1 sudu cecair pinggan dan tambahkan 4 sudu air.
- Gosok kotoran menggunakan span atau kain bersih dan bilas dengan air suam.
- Tekupkan lebihan air dengan tuala kering jika perlu.
- Bahan-bahan masakan di dapur
Rupa-rupanya bahan di dapur boleh dijadikan bahan untuk membersihkan kekotoran di karpet. Antaranya lemon, baking soda, cuka, garam dan ais. Ia adalah ‘pencuci’ semulajadi yang sangat efektif. Cara-caranya seperti berikut:
- Bancuhkan baking soda dengan sedikit air dan berus kotoran di atas karpet hingga kotoran hilang. Jika karpet anda berbau kepam, hapak atau tidak enak, taburkan baking soda di atas seluruh permukaannya dan biarkan seketika. Selepas beberapa jam, vakumkan karpet anda seperti biasa.
- Taburkan baking soda ke atas kesan kotoran. Kemudian, tuangkan cuka ke atas taburan baking soda tersebut. Tunggu ia berbuih dan biarkan seketika sementara ia menyerap kotoran. Tekup dan lapkan seperti biasa. Bagi menghilangkan bau, campurkan 1 sudu cuka, 1 sudu baking soda dan 2 cawan air ke dalam botol spray. Semburkan pada keseluruhan karpet. Asid pada cuka akan membunuh bakteria dan menyahkan bau-bauan tersebut.
- Cara terbaik untuk hilangkan dakwat ialah dengan menggunakan belahan lemon dan perahkan di atas kesan dakwat yang tumpah. Seterusnya, taburkan garam sehingga menutupi kesan kotoran. Tekan-tekankan garam supaya ia meresap dan bertindak ke atas kotoran. Tekupkan kain dan ulang beberapa kali sehingga kotoran benar-benar hilang.
- Untuk karpet yang terdapat lekatan gula getah boleh guna cara ini. Geserkan ais kepada gula getah sehingga ia cukup keras untuk ditanggalkan dengan mudah tanpa sebarang kesan lagi yang tinggal.
- Krim pencukur
Suami, abang atau adik lelaki mesti mempunyai krim pencukur di rumah, jadi anda bolehlah sapu sedikit krim tersebut di atas kotoran karpet.
Biarkan ia meresap selama 30 minit.
Seterusnya, tekupkan dengan kain kering yang bersih. Kalau nak lebih efektif, akhiri dengan semburan campuran cuka dan air dengan nisbah 1:1 dan lapkan seperti biasa.
- Vakum
Vakum juga berfungsi untuk membersihkan kotoran seperti debu-debu yang melekat di karpet dan sekarang terdapat pelbagai jenis vakum yang dapat memudahkan anda membersihkan kekotoran di karpet rumah. Tunggu pilih di kedai sahaja.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua mengurangkan kesat kotoran pada karpet di rumah anda. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.