KENAPA VAKUM TIDAK SEDUT HABUK DENGAN PADU?
Apabila mengemas dan membersihkan rumah, pasti anda ingin semua kerja berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Perkara paling utama yang diinginkan semasa mengemas rumah semestinya segala tugasan disiapkan dengan cepat kerana tidak mahu menghabiskan masa dan tenaga untuk membersihkan rumah sahaja.
Pada era moden ini, terdapat banyak teknologi yang dapat membantu golongan suri rumah untuk mempermudah kerja di rumah seperti mesin basuh, oven dan vakum.
Tetapi, ramai suri rumah yang mengalami kesukaran apabila vakum yang dibeli mereka rosak ataupun vakum tidak sedut habuk.
Mereka ini mungkin akan menggalabah kerana khawatir perlu membaiki vakum tersebut dengan harga yang mahal.
Sudah pasti anda semua ingin menjimatkan duit daripada digunakan untuk membaiki vakum tidak sedut habuk. Sebenarnya anda semua boleh membaiki vakum dengan sendiri.
Tetapi terlebih dahulu anda perlu mengetahui punca vakum anda tidak sedut habuk dengan padu.
Mengapa vakum tidak sedut habuk dengan padu?
- Beg vakum penuh dengan habuk
Masalah ini sering kali berlaku, bagi vakum canggih mempunyai meter yang menunjukkan beg vakum yang sudah penuh muatan.
Hal ini tidak menjadi masalah kerana pengguna dapat membuang isi habuk dengan segera.
Tetapi ada vakum yang belum dilengkapi dengan teknologi yang begitu mudah, jadi untuk menentukan tahap kesesakan beg anda perlulah selalu melihatnya.
Sekiranya beg vakum diperbuat dari kertas, beg itu harus dikeluarkan, dibuang dan diganti dengan yang baru.
Bagi beg vakum lain, anda perlu membuang kandungannya dengan baik ke dalam tong sampah, mencuci dengan air bersih tanpa sabun, keringkan dan masukkan ke dalam vakum bagi mengelak vakum tidak sedut habuk.
- Penapis dan komponen vakum rosak
Penapis mestilah dibersihkan secara berkala. Langkah untuk melakukannya ialah anda hanya perlu mengeluarkan penapis dan bilas di bawah air suam yang mengalir.
Sekiranya vakum terus menerus melakukan kerja, penapis harus diganti dengan yang baru. Penapis harus diganti setelah 50 jam penggunaan.
Jika tidak diganti untuk waktu yang lama vakum tidak sedut habuk dan akan semakin rosak.
Apa yang perlu dilakukan jika vakum tidak sedut habuk dengan baik tetapi beg vakum dan penapis bersih?
Anda harus memeriksa semua peranti vakum yang lain.
Anda perlu periksa hos vakum, periksa seberapa ketat ia melekat pada saluran masuk.
Anda boleh mengambil wayar logam nipis dan periksa sama ada paip tersumbat. Seterusnya, anda perlu memeriksa kebersihan berus.
Keluarkan kotoran, serpihan dan rambut setiap kali selepas pembersihan, bukan apabila vakum tidak sedut habuk sahaja.
- Kerosakan enjin
Bagi melakukan pemeriksaan dan pembaikan enjin vakum tidak sedut habuk, anda perlu ada sedikit pemahaman mengenai peralatan elektrik.
Apabila memeriksa enjin vakum, anda perlu mengeluarkan penutup dari vakum pembersih.
Sekiranya fius rosak, yang merupakan penyebab kerosakan mesin yang paling biasa, ia mesti diganti dengan yang baru tetapi jika terdapat kerosakan pada stator, maka keseluruhan peranti mesti diganti.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.