5 TIPS YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM RENOVATE RUMAH

renovate rumah

5 TIPS YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM RENOVATE RUMAH

  • BAJET RENOVATE RUMAH

renovate rumah

Perkara pertama yang perlu ada untuk renovate rumah anda adalah bajet. Ketetapan bajet perlulah disediakan untuk mengelak proses pengubahsuaian rumah dari terbengkalai akibat ketidakcukupan kos.

Anda seharusnya memberitahu kontraktor anggaran bajet untuk renovate rumah tersebut.

Seterusnya, anda boleh anggarkan untuk menambah sekitar 15%-20% dari bajet sebenar. Ia tambahan sebagai langkah-langkah berjaga di kemudian hari. Ada kalanya, stok barang untuk renovate rumah sudah habis dan kontraktor terpaksa minta anda untuk memilih bahan yang lebih mahal.

  • PERANCANGAN AWAL

renovate rumah

Setelah anggaran bajet selesai, langkah seterusnya, anda perlu wujudkan perancangan dari segi jangka masa kerja-kerja renovate rumah. Dengan ini anda akan dapat melihat kemajuan kerja dan kualiti kerja berdasarkan jadual masa yang dirancang.

Anda juga perlu merancang tentang konsep dan tema yang ingin dilakukan bagi mengelakkan anda dari membayar bahan-bahan yang mahal jika bahan renovate rumah tersebut telah habis.

  • PERBANDINGAN KONTRAKTOR

renovate rumah

Dapatkan beberapa senarai kontraktor yang berkelayakan, stabil dari segi kewangan, pengurusan syarikat dan sumber manusia, serta efisien dan baik dari segi mutu kerja.

Lakukan survei dan dapatkan segala data, maklumat, track record, serta pengalaman kerja kontraktor-kontraktor tersebut. Jangan hanya melantik kontraktor berdasarkan cadangan rakan atau ahli keluarga anda semata-mata. Nanti nahas anda kena.

  • PERBANDINGAN SEBUT HARGA

Sebaiknya anda dapatkan beberapa sebut harga dan cadangan pelan renovasi, serta spesifikasi untuk kerja-kerja renovasi daripada semua kontraktor tersebut. Perbandingan sebut harga mestilah dilakukan untuk anda mendapatkan hasil yang terbaik.

Ingat! Elakkan pilih kontraktor yang berikan sebut harga yang rendah kerana bimbang mereka akan memasang barang yang tidak berkualiti dan kerja-kerja yang dilakukan tidak kemas.

Tetapi yang penting adalah, sebut harga yang diberikan adalah berpadanan dengan cadangan dan kualiti kerja yang akan dilakukan yang mengikut citarasa yang anda inginkan.

  • FAHAM KEPAKARAN KERJA KONTRAKTOR ATAU PEREKA DALAM

Sebaik-baiknya, jangan lantik satu kontraktor untuk lakukan kesemua kerja renovasi keseluruhan rumah anda. Lantiklah beberapa kontraktor berbeza, yang mahir dalam bidang kepakaran masing-masing.

Misalnya, untuk kerja-kerja pemasangan konkrit dan tiles, lantik satu kontraktor untuk kerja-kerja berkaitan wiring dan elektrikal. Dan lantik lagi satu kontraktor yang lain, dan sebagainya.

Ingat! Bukan semua kontraktor mahir dalam kesemua bidang pembinaan.

Akhir sekali, admin nak pesan, elakkan daripada membayar kesemua harga kontrak sekali gus kepada kontraktor. Sebaik-baiknya, bayarlah mengikut progres kerja.

Apabila kerja telah siap dan mematuhi segala pelan dan spesifikasi, serta mutu kerjanya juga memuaskan hati korang, barulah korang jelaskan bayaran tersebut. Pastikan segala rekod pembayaran disimpan untuk rujukan akan datang.

Harap tips-tips sebelum renovate rumah ini dapat membantu anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

full PPE cleaning

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN?

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN? We take great pride in the job that ArtClean accomplishes, which is why we always exceed ourclients’ expectations. Our company is an established leader in the industry, and we offer deepcleaning and pest control services to homes and businesses alike. Why ArtClean? 1. Knowledge and Skill Pests can

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

Shop
0
Cart
Scroll to Top