5 TIPS SIMPAN KASUT KESAYANGAN ANDA

tips simpan kasut

TIPS SIMPAN KASUT KESAYANGAN ANDA

Kasut kalau tak jaga nanti mudah rosak, lusuh dan tidak tahan lama. Kasut agak sensitif dan perlu penjagaan yang baik untuk menyimpannya.

Disini saya senaraikan tips-tips simpan kasut kesayangan anda :

  • Lap dan bersihkan kotoran di kasut
tips simpan kasut

Ramai dari kita membiarkan kasut kotor tanpa dilap dan dibersihkan. Perkara ini menyebabkan anda makin sukar untuk membasuhnya di kemudian hari.

Walaupun anda telah menyembur dengan semburan kalis air sekalipun, kotoran itu mudah meresap ke dalam tali atau jahitan-jahitan kasut tersebut.

Perkara ini menyebabkan kasut kesayangan anda berubah warna. Jadi, anda dinasihatkan untuk lap dan bersihkan kasut sebelum meletakkan ia ke dalam kotak atau di atas rak kasut kerana ia tips simpan kasut yang sangat berguna.

  • Simpan kasut di atas rak atau kotak

Kasut sebaiknya disimpan di atas rak atau kotak untuk mengelakkan habuk-habuk terkena pada kedutan dan rekahan-rekahan kasut yang akan menyebabkan kasut lebih cepat rosak.

Sekarang, terdapat pelbagai jenis rak dan kotak kasut yang unik yang ada di pasaran. Anda juga boleh dapatkan rak dan kotak kasut dengan harga yang murah.

Penyimpanan kasut anda berdasarkan kreativiti masing-masing.

  • Susun kasut ikut kategori

Kasut boleh disusun mengikut kategori yang anda mahukan kerana ia dapat memudahkan anda untuk mengambil serta memilih kasut.

Pertama, bahagikan kasut anda kepada dua kategori iaitu kasut yang kerap anda pakai dan kasut yang kurang pakai.

Seterusnya, anda boleh kategorikan kasut mengikut kumpulan kasut bekerja, kasut bersukan dan kasut harian biasa.

  • Semburan kalis air

tips simpan kasut

Seterusya, anda boleh menyembur semburan kalis air yang menjadi pelindung kepada kasut anda dari cepat rosak.

Biasanya ia disebabkan oleh kasut anda terkena lopak air dan kotoran.

Selain itu, anda boleh gunakan cuka dan cat untuk membuat kasut kulit kelihatan baru.

  • Pastikan kelembapan, suhu dan cahaya sesuai bagi penyimpanan di rak kasut

Simpan kasut di kelembapan dan suhu yang sesuai  merupakan salah satu tips simpan kasut yang ramai tidak tahu. Tahap kelembapan yang paling sesuai untuk simpanan ialah 45-55%.

Jika kasut disimpan dalam kelembapan dan suhu yang sesuai, ia dapat mengelakkan kulit kasut tersebut rapuh, melemahkan kain dan menyebabkan gam di kasut tercabut.

Faktor cahaya juga memainkan peranan dalam penjagaan kasut kerana sinar matahari dapat mengubah warna dan kualiti kasut.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top