5 TIPS ELAK BAJU BAU HAPAK SELEPAS BASUH

5 TIPS ELAK BAJU BAU HAPAK SELEPAS BASUH

Memang  sangat memalukan dan rasa tidak senang bila baju yang kita pakai berbau.


  • PERANCANGAN WAKTU UNTUK MEMBASUH PAKAIAN

Perancangan waktu untuk membasuh baju bagi mengelak baju dari bau hapak selepas basuh adalah penting kerana waktu yang sesuai untuk membasuh baju adalah pagi.

Elakkan membasuh baju pada waktu malam kerana baju anda tidak terdedah dengan cahaya matahari dan boleh menyebabkan baju bau hapak.

Bila dah siap basuh, cepat-cepat keluarkan dari mesin dan sidai.

Elakkan juga membasuh baju pada hari hujan kerana cuaca lembap dan ia menyukarkan anda untuk menjemur baju di luar.

Kalau yang jenis suka basuh baju dengan tangan, pastikan anda rendam sekejap je, setelah itu terus basuh.

 

  • MEMILIH PENCUCI PAKAIAN YANG TEPAT

Pemilihan pencuci baju yang tepat juga memainkan peranan untuk mengelak baju dari bau hapak selepas dibasuh.

Sekarang banyak sangat pencuci pakaian yang berbau harum dan dapat menanggalkan semua kotoran tetapi pastikan pencuci baju anda mengandungi enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan baju malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi.

Selain bau haruman baju yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

 

  • JEMUR DI BAWAH TERIK MATAHARI

Jemur pakaian di bawah terik cahaya matahari sangat membantu mempercepat kain untuk kering dan dapat mengelak baju dari berbau hapak.

Sekiranya ampaian anda tidak menghadap matahari atau berada di dalam bilik, pastikan  anda ada sistem pengudaraan yang baik. Contohnya, buka tingkap dan pasangkan kipas. Aliran udara yang baik membantu pakaian cepat kering.

Jika bilik dalam keadaan tertutup dan tiada sistem pengudaraan yang baik, baju mudah hapak. Bilik pun jadi berbau dan tidak menyenangkan.

 

  • CARA SIDAI PAKAIAN

Cara sidai baju pun penting untuk mengelakkan baju dari bau hapak.

Baju mestilah disidai secara tidak bertindih.

Jarakkan baju-baju tersebut semasa menyidai. Kalau nak cepat kering lagi, anda boleh menggunakan penyangkut pakaian (hanger).

Baju tidak akan berbau hapak kerana baju tersebut terdedah terus dengan udara dan cahaya matahari.

 

  • MENGGUNAKAN PEWANGI BUATAN DAN SEMULAJADI

Kalau baju dah hapak, anda boleh cuba menggunakan pewangi buatan sendiri seperti bedak.

Elak sembur minyak wangi kerana baju akan bertambah busuk.

Kalau nak guna bedak, caranya mudah iaitu masukkan baju anda ke dalam beg plastik, taburkan sedikit bedak dan biarkan selama beberapa minggu.

Lama-kelamaan, bau hapak pada baju akan hilang.

Selain itu, kaedah khas untuk menyimpan baju lama ialah dengan menggunakan daun pandan kerana ia sangat membantu menghilangkan masalah bau hapak pada baju.

Anda boleh membuat sendiri portpuri atau bunga rampai dari daun pandan dan digantung di dalam almari. Kalau rasa malas, carik-carikkan sahaja daun pandan dan kemudian ikat kesemuanya, letak saja di dalam almari, siap!

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

full PPE cleaning

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN?

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN? We take great pride in the job that ArtClean accomplishes, which is why we always exceed ourclients’ expectations. Our company is an established leader in the industry, and we offer deepcleaning and pest control services to homes and businesses alike. Why ArtClean? 1. Knowledge and Skill Pests can

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

Shop
0
Cart
Scroll to Top