5 Langkah Mudah Sekiranya Kunci Patah Dalam Tombol!
Pernah tak kunci anda secara tiba-tiba terpatah di dalam tombol. Dan anda tidak tahu untuk bertindak yang sedemikian. Lebih-lebih lagi, apabila anda perlu masuk ke dalam bilik atau rumah dengan cepat.
Sekiranya hal ini mungkin berlaku pada anda. Kami menyenaraikan 5 langkah mudah yang anda boleh lakukan. Teruskan membaca.
- Gunakan sebarang jenis pin
Untuk menanggalkan kunci yang patah. Ambil dua objek kecil dan yang mudah untuk dilenturkan untuk dimasukkan ke dalam tombol.
Contohnya, wayar halus. Kemudian masukkan kedua-dua objek ke dalam tombol dan tarik kunci yang tersekat itu.
Lakukan cara ini berulang kali dan perlahan-lahan.
- Gunting
Gunakan bilah gunting yang nipis untuk memudahkan ia masuk ke dalam tombol.
Kemudian tarikkan kunci yang tersekat itu keluar secara perlahan-lahan.
- Bilah gergaji kecil
Masukkan bilah gergaji kecil ke dalam kunci yang tersekat dan pastikan mata gergaji berada pada hujung kunci. Selepas itu, anda akan dapat mengeluarkan ia dengan mudah.
- Alat untuk mengeluarkan kunci patah
Sebenarnya alat ini ada dijual di kedai-kedai menjual perkakasan. Cara menggunakannya amat mudah.
Anda boleh memasukkan alat tersebut ke dalam tombol atau mangga, di mana ia tersekat.
Kemudian, hujungnya pastikan mencapai hujung kunci anda. Seterusnya, tarikkan kunci anda yang tersekat di dalam tombola tau manga tersebut.
Ia tak mudah tertanggal. Jadi, anda perlu melakukan beberapa kali.
- Ketuk tombol atau mangga tersebut
Tip untuk memudahkan lagi proses menanggalkan kunci yang tersekat. Ketuk tombola tau mangga tersebut sebelum melakukan cara-cara di atas.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.