5 PUNCA DAN SOLUSI TANDAS RUMAH TERSUMBAT

tandas tersumbat

TANDAS RUMAH ANDA TERSUMBAT?

KETAHUI 5 PUNCA MASALAH INI BERLAKU & 5 SOLUSINYA.

tandas tersumbat

Masalah tandas tersumbat sering kali berlaku di mana-mana tandas.

Masalah yang terjadi ini bukan sahaja menyerabutkan dan merimaskan tetapi banyak merugikan kita kerana perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membaikinya.

Kenapa tandas tersumbat ini boleh berlaku?

Pastinya kerana ramai dikalangan kita masih tidak mengetahui punca tandas rumah tersumbat.

Bagi mengelakkan hal ini berlaku kita sepatutnya mencegah segala punca yang menyebabkan tandas tersumbat.

Apakah puncanya? Ayuh kita baca dan fahami.

Punca-punca tandas tersumbat:

  • Flush benda yang tidak sepatutnya ke dalam tandas

Tandas telah dibina untuk membuang bahan tertentu sahaja. Salah satunya seperti tisu tandas yang sudah dirancang untuk larut dengan cepat di dalam air. Tetapi tisu pakai buang atau tuala wanita tidak boleh dibuang ke tandas.

Flush barang-barang lain seperti Q-Tips, tisu basah, dan benang gigi juga dapat menyebabkan tandas tersumbat.

  • Perangkap tandas tersekat

Perangkap adalah segmen porselin melengkung yang dibina ke dalam unit mangkuk bawah tandas anda. Ia direka untuk menahan air dan mengelakkan gas pembetung memasuki rumah anda. Kertas tandas, tuala wanita dan pelbagai jenis barang yang tidak boleh dibuang ke dalam tandas boleh menyebabkan perangkap tersekat lalu tandas tersumbat.

  • Saluran pembetung bermasalah

Tandas tersumbat dan longkang tersumbat biasanya berpunca dari masalah saluran pembetung. Penyumbatan biasanya disebabkan oleh penumpukan bahan buangan, kertas tandas, dan barang-barang yang tidak mudah mengalir di saluran pembuangan utama dan saluran pembetung.

Akar pokok juga dapat menembusi saluran pembetung anda. Masalah saluran pembentung boleh menyebabkan masalah besar di dalam dan di luar rumah malah boleh mengancam kesihatan keluarga anda.

  • Saluran paip tersumbat

Penyebab tandas tersumbat tidak semestinya di tandas atau di bilik mandi. Sistem paip moden yang menggunakan ventilasi bumbung untuk mengedarkan udara segar dan mencegah masalah tekanan udara.

Sekiranya saluran paip anda dipenuhi dengan daun, bangkai haiwan, atau benda lain, ia boleh menyekat aliran longkang dan mengakibatkan tandas tersumbat.

  • Tandas yang lama atau bermutu rendah

Sekiranya anda mempunyai tandas yang tua ianya mungkin model aliran rendah generasi pertama. Tandas ini bertujuan untuk menjimatkan air tetapi tidak dapat memberikan tekanan yang cukup untuk mengalirkan semuanya melalui perangkap dan menuruni longkang.

Sekiranya anda telah cuba mengehadkan penggunaan kertas tandas dan masih mengalami masalah tandas tersumbat mungkin sudah tiba masanya untuk menaik taraf tandas anda ke model yang lebih baru.

Langkah menyelesaikan masalah tandas tersumbat:

  • Guna pam getah atau plunger

Dua peralatan ini merupakan antara alat wajib untuk membaiki tandas tersumbat. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, sapukan sedikit petroleum jelly atau vasselin pada permukaan mulut pam getah.

  • Guna cuka dan baking soda

Satu cawan baking soda dan satu cawan cuka dituangkan ke dalam lubang tandas selama satu jam. Kemudian, tuangkan air panas beberapa kali. Gunakan pam getah jika air masih bertakung.

  • Guna penyankut baju berdawai

Pakai sarung tangan dan jolokkan lubang tandas dengan penyangkut baju yang sudah dipotong dan diluruskan bawahnya. Gerak-gerakkan penyangkut baju untuk memecahkan sumbatan. Kemudian, keluarkan dawai dan flush tandas.

  • Berbincang dengan ahli keluarga

Beritahu mereka tentang perkara yang boleh flush dan yang tidak. Sekiranya anda mempunyai anak yang lebih muda, tampal senarai  perkara yang tidak boleh dibuang ke dalam tandas.

Sebaiknya letak tong sampah di bilik mandi untuk mengelakkan keluarga anda membuang barang ke dalam lubang tandas.

  • Hubungi pekerja professional

Sebaiknya dapatkan pekerja professional untuk mengatasi masalah berkaitan pembetung dan masalah tandas tersumbat.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top