TIPS PENJAGAAN AIR FRYER YANG BERGUNA UNTUK SEMUA SURI RUMAH
Pada era moden ini, pelbagai jenis masakan boleh dimasak dalam masa yang singkat sahaja tidak seperti zaman dahulu manusia terpaksa bersusah payah memasak dengan menggunakan dapur kayu.
Sekarang, kita mempunyai pelbagai alat canggih untuk memudahkan urusan seharian terutama aktiviti memasak.
Kebanyakan suri rumah mempunyai air fryer di rumah masing-masing untuk mempercepatkan proses memasak pada setiap hari.
Penggunaan air fryer banyak memberikan manfaat kepada semua individu.
Terdapat pelbagai jenis air fryer yang berlainan harga kerana berbeza mengikut kualiti dan jenama.
Tetapi tidak kiralah mahal atau murah air fryer seseorang itu, anda semua wajib mengetahui tips penggunaan air fryer yang betul agar dapat memasak dengan selesa dan air fryer dapat digunakan dalam tempoh yang lama.
- Jangan sembur spray anti lekat masakan aerosol pada air fryer.
Kebanyakan spray anti lekat masakan mempunyai bahan tambahan yang boleh merosakkan lapisan antilekat pada air fryer.
Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan botol spray anda sendiri yang diisi dengan minyak masak untuk mengelakkan penggunaan spray anti lekat itu.
- Panaskan air fryer beberapa minit sebelum memasukkan makanan.
Langkah ini perlu dilakukan terlebih dahulu seperti mana oven untuk mengelakkan air fryer mudah rosak.
- Bersihkan dan buang titisan yang terkumpul pada laci air fryer.
Lebihan titisan daripada cecair makanan itu boleh digunakan untuk dijadikan sos ataupun tambahan perisa untuk masakan lain agar tidak berlaku pembaziran.
- Pastikan anda tidak memasukkan makanan terlalu banyak dalam bakul air fryer.
Udara tidak dapat tersebar dengan baik jadi masakan anda tidak akan masak sepenuhnya dan rangup.
Masak masakan satu persatu jika perlu memasak dalam kuantiti yang besar.
- Gunakan kertas keranjang aluminum masakan
Anda boleh meletakkan kertas keranjang aluminium masakan ini bagi memudahkan kerja pembersihan air fryer selepas memasak.
Tekanan udara panas yang tersebar dalam air fryer boleh menyebabkan kertas itu terbang di sekeliling jadi sila pastikan makanan itu cukup berat untuk menampungnya.
- Pastikan terdapat jarak 6 inci ruang di sekeliling air fryer.
Amat penting untuk memastikan air fryer mempunyai ruang yang cukup bagi memperolehi peraliran udara yang baik.
Pastikan permukaan meja atau tempat air fryer itu diletakkan di permukaan yang tahan panas.
- Basuh air fryer tiap kali selepas digunakan.
Pastikan jangan basuh air fryer dekat tempat membasuh pinggan. Kerja pembasuhan air fryer ini sangat mudah kerana hanya dengan menggunakan sabun biasa dan air.
Kemudian lap air fryer selepas selesai.
Sudah selesai 7 tips mudah ini dalam penggunaan air fryer di rumah.
Semoga kalian semua dapat memasak dengan selamat serta mengikuti tips yang bermanfaat ini dan dikongsi kepada orang lain untuk kebaikan semua.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.