Keselamatan Yang Harus Kita Pastikan Sekiranya Ada Api
Kebakaran rumah berada dalam jumlah yang agak kurang untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun, jumlahnya dikira masih tinggi dan tak boleh diabaikan.
Bukan setakat membahayakan harta benda, malah, ia meragut banyak nyawa sekali gus.
Walaupun ramai tahu untuk melakukan perkara-perkara yang bersesuaian sekiranya kebakaran berlaku.
Masih terdapat segelintir dari kita yang cenderung untuk tak peka dan lupa untuk melakukan perkara sedemikian demi menyelamatkan nyawa.
Sebelum ada anggota bomba datang menyelamat, kita sendiri harus pelajari untuk menyelamatkan nyawa kita dan orang lain.
Sebuah laporan mendapati bahawa 2500 nyawa diragut setiap tahun kerana kebakaran.
Di samping itu, hampir berjuta-juta kehilangan harta benda dan aset telah rugi setiap tahun.
Jadi, kita harus fikirkan tentang cara-cara yang harus kita berjaga-jaga dari sekarang.
1. Pasang Alat Pengesan Asap
Alat pengesan asap sentiasa diwajibkan untuk bangunan tinggi, jadi ia adalah diharuskan untuk pemilik sesebuah kediaman untuk memastikan alat tersebut boleh digunakan.
Perkara yang harus anda ketahui tentang penjagaan alat pengesan asap ini adalah pastikan ia berada dalam keadaan yang boleh berfungsi dan dipasang dengan betul.
Selain itu, tukar bateri sekali setahun dan pastikan ia diperiksa.
Seterusnya, tukarkan alat tersebut 10 hingga 12 tahun.
Oleh itu, alat pengesan asap ini harus ada di setiap tingkat rumah.
Ia patut diletakkan di dalam dapur atau bilik tidur.
Ramai yang masih tak menganggap ia penting untuk mencegah kebakaran.
Walau bagaimanapun, ia dapat membantu orang rumah berada dalam keadaan bersedia jika terdapat asap atau keberangkalian terbakar.
2. Pemadam api
Jika anda tinggal di mana-mana sahaja pastikan alat pemadam api disediakan supaya ia dapat memadam api semasa kecemasan.
Pastikan anda meletakkannya di tempat yang mudah dijangkau.
Pemadam api ini harus sentiasa diperiksa secara berkala.
Dan, anda harus tahu cara menggunakannya.
Jika anda perlu diajar untuk menggunakan alat tersebut.
Anda diharapkan untuk menghubungi pihak bomba berdekatan untuk mendapatkan latihan.
3. Ajar anak-anak anda
Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka tentang kebakaran dan langkah-langkah yang harus diambil jika sesuatu kemalangan kebakaran terjadi.
Terdapat sebuah laporan menunjukkan bahawa 10,000 kebakaran terjadi setiap tahun adalah berpunca dari kanak-kanak yang bermain dengan pemetik api.
Jadi, ibu bapa harus pantau dan memberitahu apa yang perlu untuk mengelak kebakaran yang tak disengajakan terjadi.
4. Rancangkan cara keluar
Pastikan keluarga dan juga anda mengetahui tentang kawasan rumah anda dan jika terdapat pintu belakang atau tempat keluar yang tersorok.
Sekiranya terdapa apa-apa kebakaran, ia mudah untuk digunakan dan dapat menyelamatkan nyawa mereka juga.
Selain itu, pastikan anda memberitahu tentang cara yang senang untuk mereka langkah keluar dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya kebakaran berlaku.
Perkara ini patut dipratikkan dan dibincangkan antara anda dan keluarga.
5. Semua dalam keadaan berfungsi
Periksa setiap alat pencegahan kebakaran yang telah dipasang di dalam rumah berada dalam keadaan berfungsi.
Sekiranya terdapat kerosakan, jadikan ia keutamaan untuk diperbaiki dengan cepat.
Anda harus sentiasa ingati bahawa kebakaran boleh terjadi bila-bila masa sahaja.
6. Komunikasi keluarga
Setelah semuanya berada dalam keadaan yang baik, anda harus memastikan setiap ahli keluarga ketahui cara menghubungi nombor kecemasan dan bagaimana untuk hubungi antara satu sama lain supaya tiada yang tersekat atau tersangkut di kawasan yang terjadi kebakaran.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.