Kebersihan Penggunaan Tuala Wanita (pad)
Ramai wanita pernah terkena alergi kulit, atau jangkitan bakteria kerana kurang prihatin akan kebersihan penggunaan tuala wanita (pad).
Darah kotor yang mengalir memerlukan kita untuk sentiasa menukar tuala wanita agar kesihatan diri sentiasa terjamin.
Tetapi, cuba anda perhatikan tuala wanita yang dibuang merata-rata di dalam tandas awam dan darah yang tak dibersihkan.
Jadi di sini kami akan ringkaskan cara mengekalkan kebersihan penggunaan tuala wanita (pad).
1. Jangan buang ke dalam mangkuk tandas
Tuala wanita adalah salah satu barangan biodegrable, namun anda tak sepatutnya mengepam ke dalam mangkuk tandas dan mengharapkan ia akan salur ke pembuangan lain dan kemudian mereput.
Hal ini akan menyebabkan saluran tersumbat dan kerosakkan.
Oleh itu, jangan pandai-pandai flush tuala wanita anda!
Bungkus dan buang ke dalam tong sampah pun dah cukup!
2. Bungkus sebelum buang
Tuala wanita memang akan berkelihatan kotor dan boleh mengeluarkan bau yang tak menyenangkan.
Dan memang nak cepat-cepat membuang pad tersebut!
Tapi, kita harus fikirkan risiko kesihatan kerana bakteria boleh muncul sekiranya tak menitik beratkan kebersihan pad.
Jadi, cara terbaik adalah bungkus sebelum buang.
3. Membasuh tangan
Membasuh tangan sebelum dan selepas adalah sangat penting ketika kita menukar pad yang bergelemuran dengan darah haid.
Ia dapat membersihkan bakteria pada tangan anda sebelum mencuci faraj.
4. Produk pewangi
Ramai yang mencari produk pewangi yang dapat menjauhkan bau yang tak menyenangkan.
Tetapi sebenarnya, ia adalah keadaan normal dan jangan risau, faraj akan sentiasa berfungsi untuk melakukan pembersihan sendiri secara natural.
Anda tak digalakkan guna produk pewangi seperti bedak, sabun, tisu atau apa-apa produk yang seumpamanya kerana bahan kimia yang dikandungi cenderung untuk mengganggu keadaan faraj anda.
Jadi, gunakan air suam untuk membasuh vulva anda.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.