Kesalahan Pembersihan yang Boleh Merosakkan Rumah

Kesalahan pembersihan yang biasa dilakukan yang sebenarnya boleh merosakkan rumah

Ramai beranggap semakin banyak kita membersihkan rumah atau mencuci sesuatu tempat dan barang berulang kali dengan kerap akan jadi lebih bersih dan dapat jauhkan kesan sampingan seperti kesihatan dan pelbagai lagi.

Tapi betul ke sebenarnya?

Ia boleh jadi betul, kalau kita menggunakan cara pembersihan yang betul.

Tapi, masalahnya sekarang ramai orang yang membersihkan rumah dengan cara yang salah dan akan lebih merosakkan rumah mereka.

Kesalahan pembersihan akan membazirkan wang anda dan juga menggangu kesihatan anda.

Sebab itu, kita harus waspada dengan perkara-perkara di bawah.

1. Menggunakan Clorox berlebihan

Mesti anda kenal dengan produk bernama Clorox ni kan?

Memang mudah sangat nak digunakan, dan senang nak tanggalkan kotoran di dalam tandas.

Sebenarnya, produk ini memang memberi kesan yang sangat hebat.

Tapi, ramai yang menggunakan kandungannya berlebihan daripada yang sepatutnya.

Baunya yang kuat dan kesannya yang hebat boleh memberi kesan sampingan  seperti muntah, sesak nafas, dan pening kepala sekiranya anda terhidu baunya yang terlampau kuat.

2. Menggunakan satu produk pencuci sahaja

Jangan baca tajuk sahaja je tau!

Sebenarnya menggunakan satu produk pencuci sahaja memang tak salah.

Tapi, ia boleh jadi salah sekiranya anda menggunakan satu produk pencuci yang khas untuk pinggan, mangkuk, dan barangan dapur tapi anda menggunakannya untuk barang lain seperti untuk dinding dan sebagainya.

Walaupun hal ini dianggap remeh, tapi anda harus pastikan tak mencampur aduk produk pencuci untuk cuci barang lain.

Hal ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya selepas anda menggunakan produk pencuci yang salah.

Selepas itu, anda gunakan produk yang lain untuk menghabiskan kerja pencucian anda.

3. Produk pencuci dah luput

Memang kadag-kala rasa terlampau sayang untuk buang produk yang hampir habis digunakan dan kemudian terpaksa buang disebabkan tarikh pulut.

Kan lebih elok daripada membiarkan rumah anda rosak disebabkan produk yang dah luput.

Jadi, jika anda lihat tarikh luput produk anda dah sampai.

Jangan simpan ia lagi!

Sebab bahan kimia di dalam produk tersebut boleh jadi bahaya tau!

4. Tuala yang sama

Lebih elok jika anda tak menggunakan tuala biru di dalam stor rumah anda untuk mencuci semua kawasan di rumah anda.

Pastikan anda mempunyai kain lain untuk kawasan yang berbeza-beza.

Menggunakan tuala yang sama untuk kesemua tempat bukan idea yang bagus walaupun sangat menjimatkan.

Jika anda melembapkan kain tersebut menggunakan air yang bersih sekali pun sebelum sambung mencuci di kawasan yang lain.

Habuk-habuk mungkin masih tersekat tanpa anda perasan tanpa mata kasar anda.

5. Penyapu rosak

Mungkin ada di kalangan anda yang masih menggunakan penyapu yang mulai rosak.

Jika anda menggunakan penyapu plastik, bulu plastik tersebut akan mula menebal dan hujungnya akan bergumpal.

Hal ini mengakibatkan habuk-habuk akan tersekat pada hujung bulu plastic dan susah untuk ditanggalkan.

Ia akan bertambak teruk, jika anda menggunakan penyapu yang sama pada tempat lain.

Habuk-habuk yang melekat berkemungkinan besar akan tersebar.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top