HALAU SEMUT DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN DI DAPUR SAHAJA!
Jika kita tidak suka semut berada di dalam rumah, janganlah kita memijak mereka mahupun membakar semut-semut itu.
Kita tegur mereka dengan memberi salam ke atas Nabi Sulaiman a.s. kerana semut-semut ini merupakan rakyat Nabi Sulaiman a.s. Semut juga merupakan serangga yang sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.
Selain dari mengunakan kaedah Pest Control, Kita juga boleh menggunakan bahan di dapur sahaja untuk menghalau dan mengelak semut dari memasuki rumah dan gula. Ikuti tips dan panduan ini!
SERBUK KOPI
Serbuk kopi mempunyai bau yang sangat kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut di rumah.
Hanya tabur sedikit serbuk kopi tersebut di kawasan yang menjadi laluan semut dan biarkannya selama beberapa hari untuk melihat keberkesanannya.
KAYU MANIS DAN CENGKIH
Letakkan beberapa tangkai cengkih ke dalam bekas yang mengandungi gula tadi. Kemudian, tutup sedikit bekas tersebut dan biarkan baunya meresap.
Tapi jangan tutupnya terlalu rapat, nanti susah pulak semut tu nak keluar. Jangan risau ianya tak mengubah rasa gula tersebut.
AIR LADA
Samada ada air lada atau tangkai cili kering. Kedua-duanya sangat berkesan untuk menghalau semut dari datang.
Caranya ialah masukkan air lada tadi ke dalam botol spray. Lalu semburkannya di bahagian laluan semut.
Atau anda letakkan beberapa tangkai cili kering di laluan semut tadi. Ini dapat menghindarkannya daripada masuk dalam gula anda.
ASAM KEPING ATAU ASAM GELUGOR
Masukkan beberapa keping asam keping atau asam gelugor ke dalam bekas gula untuk menghalang atau mengelakkan semut.
Ianya tidak akan menghilangkan rasa manis gula tersebut.
BAWANG MERAH
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas yang berisi gula tanpa perlu mengupasnya terlebih dahulu bagi menghalau semut.
SODA PENAIK / BAKING POWDER
Bahan ini mampu membunuh semut.
Campurkan soda penaik dengan gula aising. Taburkan dibahagian yang kering yang ada terdapat semut.
DAUN SIRIH
Cincang daun sirih dan tabur dilaluan semut tadi.
Baunya akan menghalang semut dari datang dan lakukannya dengan lebih kerap bagi melihat hasilnya.
CUKA
Semut tidak suka bau cuka dan ia juga mengandungi asid.
Caranya, larutkan cuka ke dalam botol spray berisi air dan sembur di ruang yang terdapat banyak semut.
Sembur dengan lebih kerap untuk melihat perubahannya.
KULIT TELUR
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Taburkannya di tempat yang menjadi laluan semut.
Cara ini juga dapat menghalang cicak atau serangga lain yang tidak dingini.
KULIT LEMON ATAU OREN
Semut tidak suka akan bauan ini. Cincang kulit lemon atau oren tadi dan letak di kawasan semut lalu.
Ianya juga dapat memberi kesegaran pada rumah.
DAUN PANDAN
Cincang daun pandan dan taburkan ke kawasan laluan semut tersebut.
Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun akan bertambah wangi aromanya.
SERBUK KUNYIT
Taburkan sedikit pada laluan yang menjadi tumpuan semut dan biarkannya selama beberapa hari.
MINYAK MASAK
Celup kain dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni seperti balang gula, keliling meja, kaki meja, kaki kabinet dan sebagainya.
KULIT TIMUN
Letak kulit timun tadi pada laluan semut atau sarangnya.
PATI SERAI WANGI
Sembur air yang bercampur dengan pati serai wangi tadi di laluan semut tadi dan di tempat-tempat lain.
Boleh juga dibuat untuk mengelap meja untuk elak semut naik di atas meja.
AIR SABUN
Secara teorinya, sabun boleh merosakkan lapisan wax pada kulit serangga. Jika disembur pada serangga, mereka mengalami masalah dehydration.
Campurkan sabun dengan air dan masukkan ke dalam semburan lalu sembur pada laluan dan lubang masuk semut.
DAUN PUDINA
Kalau anda suka minum teh daun pudina, lebih mudah. Selepas habis bancuh, uncang tersebut perlu diletakkan pada kawasan yang anda lihat ada semut masuk.
Kalau tidak minum teh daun pudina, gunakan saja daun pudina.
Jemur daun tersebut hingga kering, hancurkannya dan taburkan pada kawasan semut masuk.
SELAMAT MENCUBA TIPS DAN PANDUAN INI!
Akhir sekali jika semua petua dah di cuba dan semut tetap datang, kita cuba yang ni pula, kita sembang pula dengan semut-semut tu dengan berkata:
“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s. Ini rumahku. Aku mahukan kebersihan, kamu adalah semut, makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.
Jika kamu mahu membuat sarang semut untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yang berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat.”