CARA MENCUCI TILAM DENGAN BETUL

cara cuci tilam

CARA CUCI TILAM DENGAN BETUL

Bila last anda cuci tilam? Bagaimana anda cuci tilam anda?

Hanya kibas-kibas atau lap air di tempat yang kotor? Cucikah tilam anda?

Jika begitu, mari ikuti cara cuci tilam dengan betul:



  • Kosongkan tilam

cara cuci tilam

Cara pertama cuci tilam, alihkan kesemua sarung tilam, cadar, bantal, selimut, comforter dan sebagainya.

Letak tilam di satu tempat yang memudahkan anda untuk membersihkannya.

Anda boleh sahaja membersihkan pada kedudukan di atas katil tanpa perlu mengalihkannya.

  • Vakum tilam

cara cuci tilam

Jika anda mempunyai vakum, itu adalah lebih mudah untuk cuci tilam.

Tetapi jika tiada, anda boleh gunakan alat penyingkir habuk seperti penyapu, bulu ayam dan sebagainya.

Cara cuci tilam ini memudahkan proses pembuangan habuk dilakukan.

Bagi vakum, gunakan vakum bagi menyedut ruang yang sesuai. Terdapat ruang-ruang celah di antara jahitan tilam yang memerangkap pelbagai jenis debu dan pasir yang perlu dikeluarkan.

Penyedut yang tirus dan lubang sempit lebih sesuai digunakan pada ruangan celahan jahitan tilam.

Vakum atau sapu kesemua habuk dan pasir sehinggalah anda benar-benar berpuas hati dengan kebersihannya.

  • Bersihkan Kotoran

cuci tilam

Kesan kotoran seperti kesan makanan dan minuman yang tertumpah, darah, air kencing, air liur dan sebagainya.

Sediakan air sabun dan sehelai kain bersih.

Anda boleh guna pelbagai jenis sabun yang ada termasuklah sabun cuci pinggan.

Campurkan cecair atau serbuk pencuci dengan air suam. Kacau sehingga campuran berbuih.

Celupkan kain bersih dalam air sabun, perah sedikit dan lap pada bahagian kotoran. Sental sehingga warna dan bau dapat dihilangkan untuk cuci tilam.

Jika warna kesan tumpahan sukar dihilangkan, anda boleh gunakan cecair peluntur. Menghilangkan warna kesan kotoran lebih mudah dilakukan dengan peluntur.

Pastikan peluntur yang anda gunakan bukan dari jenis peluntur warna. Peluntur warna akan menghilangkan warna asal tilam dan sudah tentu anda tidak ingin warna tilam bertukar.

Cuci tilam sehingga anda benar-benar berpuas hati. Anda boleh juga menggunakan pemberus kecil termasuk berus gigi yang tidak digunakan.

  • Sembur tilam dengan cuka

cara cuci tilam

Sediakan satu botol penyembur yang mengandungi campuran air dan cuka. Sembur keseluruhan permukaan tilam dengan air campuran cuka ini.

Utamakan di bahagian yang terdapat kesan kotoran yang degil.

Elakkan daripada menggunakan kaedah siram cuka kerana siraman yang terlalu bertumpu di sesuatu kotoran akan meninggalkan kesan tompokan cuka yang menjadikan warna tilam tidak sekata.

Siraman juga akan menyebabkan permukaan tilam lambat untuk dikeringkan.

Cara cuci telam dengan semburan ini akan menyebabkan kebasahan pada tilam. Biarkan seketika supaya tilam dapat dikeringkan dengan sepenuhnya.

Cara pengeringan juga boleh dilakukan dengan menghalakan kipas ke arah tilam.

Anda juga boleh menggunakan kertas tisu untuk menyerap kembali kesan cecair cuka yang disembur tadi. Caranya tekap tisu pada permukaan tilam.

  • Tabur Serbuk Bikarbonat

Seterusnya, cara bcuci tilam dengan menabur serbuk bikarbonat di atas seluruh permukaan katil dan biarkan selama beberapa jam (antara 4 sehingga 5 jam).

Lebih lama dibiarkan lebih bagus ia dapat menghilangkan kesan bau yang tertinggal. Selepas beberapa jam, anda akan dapati serbuk soda bikarbonat itu menyerap dan larut bersama kesan cuka yang disembur tadi.

Bau juga akan dapat dihilangkan dengan sepenuhnya!

  • Vakum sekali lagi

Hilangkan kesemua kesan serbuk bikarbonat yang masih tertinggal, anda memerlukan sekali lagi penyedut vakum atau penyapu.

Pastikan anda menyedut atau sapu kesemua kesan debu soda bikarbonat yang masih tertinggal kerana itu salah satu cara cuci tilam yang ramai terlepas pandang.

  • Jemur di bawah matahari

Cara terbaik pengeringan adalah memastikan kedua-dua permukaan dihalakan ke arah cahaya matahari.

Jika hanya sebelah permukaan tilam sahaja dijemur, kemungkinan sebelah lagi permukaan akan menjadi lembap akibat sisa-sisa air sabun dan semburan cuka yang menyerap jauh ke dalam permukaan tilam.

Jemuran di luar rumah adalah cara paling cepat untuk cuci tilam kerana lebih banyak kesan cahaya matahari dapat dihalakan ke tilam.

  • Wangikan Tilam

Cara cuci tilam ini, anda boleh tinggalkan jika tidak berminat dengan bauan wangi. Namun bagi yang berminat, langkah seterusnya adalah mengharumkan tilam anda dengan wangian.

Sembur wangian di atas tilam dan biarkan selama beberapa jam sehingga ia kembali kering.

  • Cadar Tilam

Setelah segalanya sedia, anda boleh meletakkan kembali tilam dengan pelapik cadar dan cadar hiasan yang telah dibersihkan.

Begitu juga dengan comforter dan sarung bantal.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua demi keselamatan dan kesihatan anak. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

 

Zikri Armstrong
Zikri Armstrong

Zikri is the founder of ZYL Creative, a marketing agency which focus on the branding, data research and consultancy specialize in using digital marketing technique to drive visibility and online reputation. He now write for AITO ArtClean SDN BHD.

All Posts

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top