CARA CUCI BOTOL SUSU ANAK
Tahukah anda semua, cuci botol susu anak perlu dilakukan dengan betul sama ada ibu itu memberi anak minum susu formula atau susu ibu.
Jika botol susu tidak dicuci dengan betul, ianya boleh menyebabkan bakteria yang membawa pelbagai penyakit dan mampu mengancam nyawa anak.
Oleh itu disini, terdapat beberapa cara cuci botol susu anak yang boleh diamalkan.
BILAS & BASUH DALAM AIR SABUN PANAS
Isikan sejumlah air panas yang mencukupi dalam sebuah bekas dan tuangkan sabun. Bilas dan cuci botol susu dengan menggunakan air sabun panas tersebut.
Ceraikan setiap bahagian botol susu yang boleh ditanggalkan. Cuci botol susu anak anda dengan sempurna dan bersih supaya kesan susu tersebut dapat ditanggalkan.
Lebih bagus sekiranya cuci botol anak dilakukan dengan kadar segera selepas anak anda selesai minum susu sebelum kesan susu tersebut kering.
P/S: Pastikan anda menggunakan sabun pencuci botol susu yang selamat untuk bayi anda.
GUNAKAN BERUS BOTOL YANG SESUAI
Pastikan kesan susu di dalam bekas botol susu tersebut hilang dengan menggunakan berus botol yang sesuai.
Jangan lupa untuk cuci botol susu anak dengan cermat di sekeliling atas botol serta di jalur pemutar penutup botol.
Anda perlu lebih teliti ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua ketulan susu betul-betul tanggal.
BILAS DENGAN GARAM
Sapukan garam di bahagian dalam puting susu dan gerakkan di sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya.
Cara ini dapat membantu mengikis dan mengasingkan kesan susu yang melekat.
Selain itu, cuci botol susu anak dengan meletakkan satu sudu garam ke dalam botol susu yang kotor kemudian letak sedikit air dan goncangkannya.
Cara cuci botol susu ini dapat membantu untuk menghilangkan kesan kerak dalam botol dan bau masam susu.
PERIKSA KEADAAN BOTOL
Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan jika sudah retak, rekah dan pecah.
Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses pembersihan dan pensterilan.
STERILISE BOTOL SUSU
Pastikan anda mensterilise botol dan bahagian botol susu yang lain (kecuali bahagian yang sensitive dengan haba tinggi) untuk hapuskan bakteria dan kuman yang sedia ada.
Terdapat pelbagai cara untuk proses pensterilan tersebut.
Antaranya ialah :
- Stimmer/Sterilizer Elektrik
- Ketuhar Gelombang Mikro
- Cara Didihan
- Dalam Air Sejuk
KERINGKAN BOTOL
Jemur dan keringkan botol-botol dan bahagian botol yang telah dicuci di atas bottles drying rack sebelum digunakan. Pastikan botol telah kering sepenuhnya sebelum disimpan untuk mengelakkan botol berkulat dan berbau.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua demi keselamatan dan kesihatan anak. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.