BERSIHKAN KESAN HANGUS DAN BERKARAT PADA SETERIKA

membersihkan seterika hangus

BERSIHKAN KESAN HANGUS DAN BERKARAT PADA SETERIKA

Jika seterika anda hangus dan berkarat, hanya perlu gunakan bahan ini sahaja untuk membersihkan seterika.

Tidak perlu habiskan wang anda untuk beli seterika baru. InsyaAllah kesan hangus dan sisa sisa hitam yang melekat akan hilang jika membersihkan seterika hangus mengunakan tips ini.

Pasti seterika anda kelihatan licin seperti baru dibeli.

Ikuti tips membersihkan seterika hangus ini:

UBAT GIGI

membersihkan seterika hangus

Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada pada seterika hangus. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tanggal dengan mudah. Ulangkan beberapa kali atau bersihkan seterika hangus tersebut hingga ia betul-betul bersih.

BAKING SODA / SODA BIKARBONAT

membersihkan seterika hangus

Soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan.

Caranya campurkan sedikit air pada serbuk soda bikarbonatsehingga menjadi pes.

Kemudian sapu pada permukaan seterika yang hangus atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindak balas.

Kemudian, ambil kain buruk dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.

KERTAS PASIR

membersihkan seterika hangus

Satu lagi cara yang mudah untuk membersihkan seterika hangus, anda boleh gunakan kertas pasir.

Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tanggal.

Seeloknya guna yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.

MAGIC SPONGE

membersihkan seterika hangus

Magic Sponge boleh didapati di kedai Eco atau kedai DIY. Ianya memang berguna kerana boleh membersihkan macam-macam kesan kotoran termasuklah  membersihkan seterika hangus.

Cara membersihkan seterika hangus dengan menggunakan span.

Basahkan dulu span tu, kemudian gosok saja bahagian yang ada kesan kehitaman tadi.

GARAM

Taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil, kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum.

Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan hangus.

LILIN

Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair.

Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk / kain yang tak digunakan lagi.

DAUN PISANG

Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang.

Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika hangus tadi.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Selamat Mencuba!

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

lipas

BAHAYA PIJAK ATAU PUKUL LIPAS SAMPAI MATI

JANGAN PIJAK LIPAS ATAU PUKUL DENGAN TANGAN! Bila anda melihat lipas di kediaman atau dimana-mana, jangan memukulnya sampai mati dengan tangan kosong atau tapak kaki kerana isi perut lipas sangat bahaya. Ini kerana, di dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup walaupun diluar tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari

Pest Control Near Me

8 Reasons Why You Need a Monthly Pest Control Service

The Pest Control Association of Malaysia (MPMA) offers some truly startling statistics, and the numbers help the industry’s aggressive expansion make much more sense. For instance, did you know that approximately one-fifth of all worldwide foods gets consumed or spoiled by rodents? What about the fact that 130,101 cases of dengue (over a 60% increase from 2018) &

Shop
0
Cart
Scroll to Top