Sakitnya mata bila nampak kesan karat dekat lantai. Kebiasaanya, ia berpunca daripada tindak balas air pada permukaan konkrit. Biasanya ia berlaku pada bahagian paip air dan rekahan konkrit. Dah macam-macam cara diguna untuk menanggalkan kesan karat tersebut?
Cara paling mudah adalah dengan menggunakan asid.
Tapi, kaedah itu dapat mengundang ancaman lain kalau disalahgunakan. Peluntur dekat kedai pun boleh anda gunakan untuk kurangkan kesan karat di lantai tetapi anda perlu pandai memilihnya.
Pilih yang tidak memerlukan kos yang besar dan juga dapat mengurang bahaya untuk anak-anak.
Jadi, tips-tips di bawah dapat mengurangkan kesan karat di lantai:
- CUKA DAN LEMON
Sebenarnya, ada cara yang lebih selamat dan mudah unutk mengurangkan kesan karat di lantai iaitu dengan hanya menggunakan lemon.
- Cuci keseluruhan permukaan yang terdapat kesan karat dengan air bersih terlebih dahulu.
- Perah lemon pada kawasan berkarat dan gosok seketika di kawasan tersebut dengan menggunakan kulit lemon tersebut.
- Biarkan selama 10 minit.
- Berus permukaan yang diperah lemon dengan berus dawai.
- Semburkan sedikit cuka pada permukaan digosok dan ulang beberapa kali sehingga hilang karat.
- CUKA DAN SERBUK PENAIK (BAKING SODA)
Serbuk penaik untuk buat kek pun boleh digunakan untuk mengurangkan kesan karat di lantai.
Mudah sahaja caranya. Anda boleh menggunakan campuran cuka dan serbuk penaik.
- Pertama, tuangkan campuran cuka dan serbuk penaik ke tempat yang mempunyai karat.
- Biarkan larutan selama beberapa minit.
- Seterusnya, bilas dengan air dan lap dengan kain kering.
- MINYAK TANAH
Bagi menghilangkan karat dari apa-apa jenis bahan, tidak ada pilihan yang lebih hebat daripada menggunakan minyak tanah. Ia sama seperti cuka, tetapi ia lebih cepat dan kuat.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1) Tuangkan dua sudu minyak tanah di atas lantai yang terdapat karat.
2) Biarkan sekitar 10 minit.
3) Seterusnya gosok permukaannya menggunakan kain kapas.
4) Biarkan selama 5 minit lagi dan kemudian bersihkan dengan tisu atau tuala. Akhir sekali, gunakan air.Elakkan daripada anak-anak kecil lalu di tempat tesebut ketika menggunakan tips ini.
- TOMATO DAN GARAM
Tomato bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak. Rupa-rupanyanya ia boleh juga mengurangkan kesan karat di lantai.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1) Potong sebiji tomato dan gosokkan salah satu kepada kesan karat tersebut.
2) Seterusnya, taburkan sedikit garam di atasnya dan gosokkan dengan berus gigi dalam gerakan bulat.
3) Cuci dengan air dan akan nampak kesannya.
- BATU APUNG
Sental guna batu apung pun boleh kurangkan kesan karat di lantai. Batu apung sangat berguna pada karat yang degil. Jangan bimbang, batu apung tidak akan merosakkan permukaan lantai anda.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua mengurangkan kesat karat di lantai rumah anda. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.