Penyimpanan Ubat yang Betul: 5 Cara Simpan Ubat-Ubat Anda

penyimpanan ubat yang betul

CARA-CARA PENYIMPANAN DAN PENGURUSAN UBAT-UBAT ANDA

Cara penyimpanan ubat yang betul dan selamat amat penting kerana dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.

Ikuti 5 cara pengurusan ubat yang kemas dan betul.

  1. Simpan ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari


Penyimpanan ubat yang betul di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan.

Selain itu, penyimpanan ubat secara teratur dapat memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan.

Cara penyimpanan ubat ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.

  1. Simpan ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya)


Simpan ubat dengan mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan.

Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut.

Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.

  1. Simpan ubat mengikut suhu yang disarankan(sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat)

Contohnya :

  • Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
  • Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
  • Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)

Penyimpanan ubat yang teratur dan betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan.

Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu.

Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.

  1. Simpan ubat dalam bekas asal

Penyimpanan ubat di dalam bekas asal dan jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.

  1. Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak

Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan ubat yang betul dan selamat.

Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.

PERINGATAN!

  • Jangan simpan ubat anda di dalam keretadalam jangka masa yang lama.
  • Jangan simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
  • Jangan simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembapseperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
  • Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkanberbuat demikian (sila rujuk kepada sisip sungkusan ubat).
  • Jangan simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.

Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi! Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

full PPE cleaning

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN?

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN? We take great pride in the job that ArtClean accomplishes, which is why we always exceed ourclients’ expectations. Our company is an established leader in the industry, and we offer deepcleaning and pest control services to homes and businesses alike. Why ArtClean? 1. Knowledge and Skill Pests can

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

Shop
0
Cart
Scroll to Top