BERSIHKAN KESAN HANGUS DAN BERKARAT PADA SETERIKA
Jika seterika anda hangus dan berkarat, hanya perlu gunakan bahan ini sahaja untuk membersihkan seterika.
Tidak perlu habiskan wang anda untuk beli seterika baru. InsyaAllah kesan hangus dan sisa sisa hitam yang melekat akan hilang jika membersihkan seterika hangus mengunakan tips ini.
Pasti seterika anda kelihatan licin seperti baru dibeli.
Ikuti tips membersihkan seterika hangus ini:
UBAT GIGI
Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada pada seterika hangus. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tanggal dengan mudah. Ulangkan beberapa kali atau bersihkan seterika hangus tersebut hingga ia betul-betul bersih.
BAKING SODA / SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan.
Caranya campurkan sedikit air pada serbuk soda bikarbonatsehingga menjadi pes.
Kemudian sapu pada permukaan seterika yang hangus atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindak balas.
Kemudian, ambil kain buruk dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.
KERTAS PASIR
Satu lagi cara yang mudah untuk membersihkan seterika hangus, anda boleh gunakan kertas pasir.
Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tanggal.
Seeloknya guna yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.
MAGIC SPONGE
Magic Sponge boleh didapati di kedai Eco atau kedai DIY. Ianya memang berguna kerana boleh membersihkan macam-macam kesan kotoran termasuklah membersihkan seterika hangus.
Cara membersihkan seterika hangus dengan menggunakan span.
Basahkan dulu span tu, kemudian gosok saja bahagian yang ada kesan kehitaman tadi.
GARAM
Taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil, kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum.
Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan hangus.
LILIN
Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair.
Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk / kain yang tak digunakan lagi.
DAUN PISANG
Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang.
Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika hangus tadi.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.
Selamat Mencuba!