6 Tempat Lipas Suka Membiak Tanpa Kita Sedari!

Tempat Lipas Suka Membiak

6 Tempat Lipas Suka Membiak Tanpa Kita Sedari!

Lipas adalah antara serangga atau haiwan yang menjijikkan kerana dipercayai membawa pathogen yang dapat menyebarkan penyakit.

Memang tak selesa kalau serangga tersebut berada dekat dengan kawasan kita!

Lebih-lebih lagi ia boleh terbang bila-bila masa sahaja.

Pernah tak anda bangun pagi dan turun ke dapur kemudian membuka lampu.

Tiba-tiba mendapat kejutan dari sang ‘tetamu’ ini. Ia menjadi lebih merisaukan sekiranya ia terbang dan menyorok di kawasan gelap.

Tempat Lipas Suka Membiak

Walaupun ia tak berada di depan mata, tetapi ia tak akan sorok dalam masa jangka yang lama.

Dan jika dibiarkan begitu sahaja, boleh membawa penyakit kepada orang rumah.

Oleh demikian, kita harus mengambil tahu di mana tempat-tempat yang serangga ini suka.

1.  Peralatan dapur

Tempat Lipas Suka Membiak

Selalunya lipas memang mudah dijumpai di kawasan dapur dan untuk lebih spesifik, anda akan mudah dapati mereka menyorok atau berkeliaran pada pembakar roti dan pembuat kopi.

Ini kerana, serangga ini mencari kawasan yang panas dan lembap.

Oleh itu, kedua-dua peralatan dapur ini sentiasa dalam keadaan panas, mempunyai kelembapan, dan merupakan tempat di mana lipas boleh mengambil serpihan makanan yang tertinggal.

2.  Sofa

Tempat Lipas Suka Membiak

Sofa di rumah anda mungkin rasa selesa untuk duduk atau berbaring dan tahan lama.

Walaubagaimanapun, serangga ini pun berkongsi pendapat yang sama!

Haiwan ini suka berkemah di dalam sofa anda, terutama lagi jika sofa anda cenderung untuk menyimpan sisa makanan ketika anda syok bermakan di atas sofa.

Selain itu, lipas juga suka bertelur di dalam sofa rumah anda kerana ia sempit dan kadang-kadang berhaba sekiranya anda duduk di atas sofa buat masa yang lama.

3.  Bilik mandi

Tempat Lipas Suka Membiak

Bilik mandi adalah tempat kegemaran untuk perosak ini.

Ia berpunca daripada sumber air yang mudah mengalir di dalam bilik mandi dan sisa sabun, rambut, atau kertas tandas boleh dijadikan makanan buatnya.

Anda akan mudah dapati sang perosak ini dalam atau luar paip, di belakang tab mandi dan sinki, beakang Jubin.

Ini kerana tempat-tempat ini adalah rumahnya kerana ia juga lembap dan gelap.

4.  Paip

Tempat Lipas Suka Membiak

Paip yang mengalir di seluruh rumah anda cenderung diletakkan di kawasan gelap, sama ada di bawah tanah atau di bawah sink.

Seterusnya, ia selalunya dalam keadaan lembap dari air yang mengalir, hal ini menyumbang kepada lipas untuk datang.

5.  Almari dan kabinet

Tempat Lipas Suka Membiak

Selalunya, lipas memang suka akan tempat yang gelap dan jarang diganggu.

Dan, ramai orang yang meletakkan barang-barang yang tidak diguna di dalam almari seperti baju-baju lama dan buku-buku yang tak digunakan.

Tanpa kita sedari, sebenarnya ia mengundang haiwan seperti lipas untuk membiak di kawasan tersebut.

Oleh itu, kadang-kala kita mudah dapati lipas di dalam tempat baju kita.

Ini boleh terjadi akibat baju yang mungkin sudah lama tidak dipakai dan menghasilkan bau.

6.  Kereta

Hal ini mungkin sering terjadi pada anda yang mempunyai kenderaan tersendiri.

Lipas memang suka berteduh atau membuat sarang di dalam kereta kita.

Kalau anda nak tahu apa yang menjadi punca. Ini adalah antara sebabnya, kita sering membawa makanan dan minuman ke dalam kereta.

Perkara ini mendorong serangga seperti lipas dan semut untuk membiak di dalam kereta kita.

Selepas itu, bau yang masam, lebih-lebih lagi jika kain tempat duduk kereta anda berbau dan lembap.

Ini menjadi punca utama atas kemunculan serangga perosak ini.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Selamat Mencuba!

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top