Wajah Nampak Kusam disebabkan Eyebag?
Ini 7 Rahsia Untuk Nampak “Glowing” Tanpa Eyebag!
Eyebag memang kadang-kala boleh membuatkan wajah nampak kusam, tak bermaya walaupun kita sihat dan berasa cergas sepanjang hari.
Pelbagai perkara yang menjadi faktor kepada kewujudan eyebag pada bawah mata kita.
Tetapi, ia sebenarnya adalah perkara yang normal dan hampir setiap orang pasti akan ada eyebag di bawah mata.
Walaupun ia adalah perkara yang menjadi kebiasaan pada wajah seseorang.
Hal ini boleh serba sedikit mengurangkan keyakinan seseorang individu.
Faktor-faktor Eyebag:
- Proses penuaan
- Kurang tidur atau rehat
- Rokok dan arak
- Tidak membersihkan makeup
- Terdedah matahari
- Makanan bergaram yang berlebihan
Dengan itu, kami akan bocorkan rahsia untuk sentiasa berkelihatan glowing tanpa eyebag!
1. Tomato
Tomato terkenal dengan likopena, bahan yang sangat baik untuk kesihatan kardiovaskular, penglihatan dan kulit anda.
Seterusnya, dapat membantu mewujudkan kulit yang lebih lembut, serta mengurangkan penampilan lingkaran bawah mata yang gelap.
Cara Penggunaan:
- Blend atau kisar tomato dengan air
- Blend atau kisar lemon
- Campurkan kedua-dua hasil jus tersebut
- Gunakan kapas atau bahan yang bersesuaian untuk sapu
- Sapu sekeliling mata
2. Ubi Kentang
Kentang mengandungi jumlah sumber vitamin C dan enzim yang tinggi.
Vitamin C amat terkenal untuk menghasilkan kolagen demi kecantikkan kulit dan mengkekalkan awet muda.
Oleh itu, kentang dapat menghalang seseorang daripada mudah kelihatan tua dan tak bermaya.
Ia berpotensi untuk melindungi kulit anda dari faktor penuaan seperti eyebag dan kerutan.
Cara Penggunaan:
- Simpan ubi kentang didalam peti sejuk semalaman. Potong ubi kentang mengikut kreativiti anda. Letakkan di atas mata.
- Biarkan selama 5-10 minit.
3. Susu segar
Produk tenusu seperti susu adalah sumber vitamin A yang hebat, yang mengandungi retinoid yang sesuai untuk menjaga kulit agar kelihatan cerah dan muda.
Susu juga mengandungi protein, enzim, asid amino dan antioksidan yang menguatkan dan menyembuhkan kulit di sekitar mata.
Cara Penggunaan:
- Rendam pad penghilang solek kapas dalam mangkuk susu sejuk sebentar.
- Gunakan alas untuk meletakkan susu pada kantung mata anda
- Biarkan selama kira-kira 10 minit Amalkan rutin ini dua kali sehari. Bilas dengan air suam.
4. Kunyit
Sebagai bahan yang merupakan antioksidan dan anti-radang semula jadi yang kuat, kunyit mengurangkan lingkaran hitam.
Bahan herba ini dapat menghilangkan lingkaran hitam dengan berkesan kerana sifat anti-radang dan antioksidan.
Cara Penggunaan:
- Campurkan sedikit serbuk kunyit dengan jus nanas untuk membuat pes pekat.
- Sapukan campuran ini pada bulatan bawah mata anda
- Biarkan selama kira-kira 10 minit
- Gunakan kain yang lembut, hangat dan lembap untuk cuci
- Amalkan rutin ini sekali sehari
5. Timun
Kita semua telah melihat timun digunakan sebagai kompres sejuk di televisyen dan dalam filem – tetapi adakah ia benar-benar berfungsi?
Sebenarnya, timun mempunyai sifat pencerah kulit dan astringen ringan, jadi anda boleh menggunakan kepingan timun untuk memperbaiki mata panda secara semula jadi!
Cara Penggunaan:
- Potong timun segar ke dalam kepingan tebal
- Sejukkan selama 30 minit
- Biarkan kepingan pada mata anda selama 10 minit.
- Bilas kawasan mata anda dengan air suam
6. Minyak Almond
Minyak Almond berpotensi membantu meringankan lingkaran hitam di bawah mata anda dan mengurangkan bengkak di bawah mata.
Ini berkat sifat anti-radang dan antioksidan.
Minyak badam juga mengandungi retinol, vitamin E, dan vitamin K, yang dapat menjaga kulit halus di bawah mata anda halus tanpa menjengkelkannya.
Cara Penggunaan:
- Titikkan beberapa titikan pada jari anda
- Gunakan jari untuk ratakan pada kawasan eyebag
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.