4 Mitos yang Tidak Benar Tentang Kesihatan
Pelbagai pantang-larang mengenai kesihatan yang dipercayai dan diamalkan turun-menurun.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kepercayaan tersebut adalah bercanggah dengan kesihatan yang sebenar.
Jadi, kami ingin menyenarai pendekkan perkara-perkara yang kini menjadi mitos dan tak sepatut lagi ditakuti orang ramai.
1. Mandi malam punca paru-paru berair
Ramai yang mungkin pernah terdengar dengan nasihat untuk tak mandi malam kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti paru-paru berair.
Namun, hal ini sudah terang lagi bersuluh adalah tak betul.
Untuk pengetahuan anda, paru-paru berair terhasil kerana cecair di dalam lapisan yang meliputi paru-paru.
Antara sebab kenapa ini terjadi adalah kegagalan jantung, jangkitan tuberculosis, atau trauma pada paru-paru.
Masih taka da bukti yang berjaya membuktikan bahawa paru-paru berair disebabkan mandi malam.
2. Parut makin hitam kerana kicap
Ada yang percaya bahawa memakan kicap akan menghitamkan lagi parut pada tubuh. Tetapi hal ini sama sekali tak betul.
Kacang soya mengandungi Tyrosine. Tyrosine merupakan elemen yang akan bertukar menjadi melanin apabila anda terdedah pada cahaya matahari.
Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab pada kulit yang gelap.
Walau bagaimanapun, ia tak akan menukarkan parut anda menjadi lebih gelap kerana tyrosine boleh dijumpai dalam makanan lain seperti keju, ayam, daging, ikan dan lain-lain.
Tetapi, ia masih tak menggelapkan kulit kita walaupun kita sering memakan ayam setiap hari. Betul tak?
3. Mandi hujan membawa penyakit
Ini adalah senjatan yang kerap dinasihati kepada kanak-kanak.
Ramai yang mula mempercayai kalau anda kerap bermandi di dalam hujan, anda akan lebih mudah terkena penyakit kulit.
Sebenarnya, hal ini adalah mitos semata-mata. Jika seseorang itu demam atau selsema selepas mandi di dalam air hujan.
Ini adalah kerana imuniti badan yang lemah kerana cuaca sejuk.
Sebab itu, ia adalah sangat penting untuk mengekalkan imuniti badan yang kuat.
4. Berus gigi untuk menghilangkan nafas berbau
Ramai yang risau tentang nafas berbau dan kemudian akan kerap memberus gigi untuk menghilangkannya.
Hal ini mungkin boleh membantu untuk waktu yang singkat tetapi bukan untuk selama-lamanya.
Meminum air kosong dengan lebih kerap boleh membantu kerana ia akan membasuh sisa makanan yang tersekat dan mencegah mulut kering.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.