5 Cara Untuk Merawat Kesakitan Akibat Air Panas

rawat melecur air panas

Terkena air panas memang perkara yang bahaya dan ia bergantung juga pada kesan melecur pada kulit anda.

Semakin banyak air panas menyentuh kulit anda, semakin teruk tahap melecur atau kesakitan yang boleh dihadapi.

Perkara terkena air panas dan mengakibatkan lecur bukanlah perkara yang kecil kerana ia boleh menyumbang kepada pelbagai kerosakkan seperti tisu dan sel yang terjejas.

rawat melecur air panas

Tahap Kebakaran Yang Perlu Anda Tahu!

rawat melecur air panas

1) Luka terbakar epidermis ringan

Hanya terjejas pada lapisan luar kulit dan mengalami sedikit kemerahan, kesakitan, dan bengkak.

Contoh terbaik adalah seperti terkena sunburn. Kes ini sangat jarang untuk memberi kerosakan tisu pada jangka masa yang lama dan biasanya memberi sedikit perubahan pada ton kulit anda.

2) Luka terbakar dermis ringan

Kebakaran ini telah mencapai pada lapisan kedua kulit yang seterusnya menjejaskan hujung saraf, serta saluran darah dan boleh merosakkan folikel rerambut yang ada pada kulit.

Anda akan dapati warna kulit berubah ke merah jambu, dan akan terasa sakit sekali gus luka ia melecur pada tahap ringan.

3) Luka terbakar kulit dalam

rawat melecur air panas

Perbezaan pada tahap ini dengan dermis ringan adalah kemungkinan besar kulit anda akan bengkak dan melecet.

Manakala dua lapisan kulit teratas akan melecur.

Ia boleh menjadikan kulit anda sangat sakit atau tak terasa sakit.

Kulit warna akan berubah ke merah-merahan, anda boleh dapati ada kelembapan terhasil atau pun tak.

4) Luka terbakar keseluruhan

Tahap ini adalah paling serius yang akan melibatkan tiga lapisan kulit anda dan memerlukan rawatan profesional segera.

Perubahan tekstur daripada licin dan menjadikan ia kelihatan berlilin.

Kebakaran jenis ini akan merubahkan warna kulit anda kepada kehitaman kerana ia menjejaskan tisu kulit anda

Jenis Rawatan Semula Jadi

Untuk merawat kulit anda yang melecur akibat air panas dan tak merangkumi rawatan perubatan segera.

Anda boleh ikuti cara yang mudah seperti di bawah!

1. Pelepah pisang

rawat melecur air panas

Pastikan anda sapu getah pelepah pisang tersebut pada bahagian berkenaan dengan rata.

Elakkan bahagian yang terkena air panas dari air.

2. Telur

Ambil sebiji telur atau lebih bergantung kepada kawasan terjejas.

Kemudian kacau tekstur telur untuk disapukan pada bahagian yang sakit menggunakan kapas.

Sekiranya anda tak mempunyai kepas, gunakan alatan yang lembut seperti kain. Ulang car aini untuk beberapa kali.

3. Lidah buaya

rawat melecur air panas

Tanaman lidah buaya atau lebih dikenali sebagai aloe vera memang mempunyai banyak kebaikan.

Ramai wanita di luar sana menggunakan gel yang ada pada tanaman hijau ini sebagai bahan yang dapat melembutkan kulit, dan sebagainya.

Ini kerana lidah buaya mempunyai gel yang dapat menyejukan kulit anda.

Oleh itu, ia sesuai digunakan pada kawasan yang terkena air panas juga.

Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan gel lidah buaya dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

4. Air larutan garam

Bancuh larutan supaya pekat dan tak terlalu cair, kemudian sapukan larutan tersebut ke tempat yang melecur secara perlahan-lahan.

Pastikan ia kering dengan sendiri. Setelah ia kering, anda tak seharusnya basuh dengan air.

Ini kerana, ia dapat menghilangkan rasa panas dan pijar secara sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan.

5. Serbuk kopi

Ambil jumlah serbuk kopi mengikut kemahuan anda dan tempek atau lumurkan pada bahagian yang terkena air panas.

Ia akan terasa sedikit pedih pada mulanya.

Oleh itu, anda disyorkan untuk biarkan serbuk itu pada kulit anda dengan masa 10 minit sahaja.

Khasiat serbuk itu dapat mengurangkan kesakitan anda dan mengurangkan proses melecur.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top