10 Tip Mencari Pintu Keselamatan yang Sesuai untuk Seisi Rumah!
Memastikan pintu rumah anda selamat dan sesuai dengan rumah anda adalah kunci kepada keselamatan rumah.
Oleh itu, ramai orang sungguh teliti dengan memilih pintu yang bersuaian dan tahan lama.
Sebab itu, penting untuk anda tahu tip memilih pintu keselamatan yang sesuai untuk rumah anda!
1. Ambil tahu jenis pintu
Perkara paling penting untuk anda tanyakan diri anda ketika memilih pintu adalah jenis pintu tersebut.
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa, jenis pintu tersebut berkait rapat dengan jaminan pembelian.
Sebagai contoh, sekiranya terdapat sesuatu yang tak kena dengan pintu dari awal atau bahkan dalam masa 6 bulan, anda mungkin pening kepala untuk mencari jalan penyelesaian.
Sekiranya anda mendapat jaminan, anda tak perlu risau tentang di mana anda patut hantar baiki, harga, dan siapa yang akan membaiki.
Kerana, hal tersebut akan diuruskan sekali gus.
2. Besi atau aliminium
Hal ini sering ditanya di fikiran pembeli, tetapi yang penting anda harus tahu apakah tujuan pintu tersebut.
Sebenarnya, keluli memang lebih kuat daripada aliminium.
Jadi, jika anda mencari yang tahan kuat, keluli adalah jawapan yang sesuai untuk anda. Namun, keluli tak sentiasa sesuai kerana sifatnya yang tak tahan kakisan.
Walau bagaimanapun, pintu keselamatan yang diperbuat oleh aluminium mesti mempunyai mesh besi tahan karat.
3. Produk berkualiti
Selain itu, anda juga harus teliti bahawa produk yang digunakan untuk penghasilan kualiti pintu keselamatan tersebut.
Kerana, terdapat banyak pintu keselamatan yang berada di pasaran dihasilkan dengan produk yang tak berkualiti demi keuntungan yang besar.
Justeru itu, anda harus sentiasa menanyakan teentang kualiti pintu keselamatan tersebut dan petikan terperinci.
4. Ketahanan Pintu
Selalunya, dua amalan biasa yang akan dipastikan iaitu dikenali sebagai Hot Dip Galvanise dan diikuti dengan Powder Coating.
Walaupun pintu tersebut tak akan berkarat, namun, lapisan serbuk tak tentu akan tahan lama.
Hal ini terjadi kerana produk adalah tak serasi disebabkan kandungan silikon dan gavanis.
Selain itu, kedudukan pintu keselamatan juga menjadi punca.
5. Kunci dan Pemegang
Kunci dan pemegang merupakan aset yang penting seperti pintu kerana ia melengkapinya.
Lebih selamat jika anda memilih jenama yang terkenal disebabkan ia berkualiti tinggi.
Tetapi, jika anda tak kenali jenama produk tersebut, ia tak semestinya tak elok. Pastikan ia datang dengan jaminan barang tersebut.
Selain itu, anda harus peka bahawa pintu keselamatan yang berkualiti tidak boleh mempunyai kunci yang dipasang di permukaan seperti Lockwood 001 atau 355 ini adalah kunci pintu kayu dan mudah dihancurkan dengan menggunakan tukul.
6. Engsel
Pintu keluli yang berkualiti harus selalu menggunakan pin engsel yang dikimpal.
Ini bermaksud engselnya dikimpal pada rangka pemasangan yang dilekatkan ke dinding.
Pintu keluli, beratnya adalah sekitar 30-40kg jadi engsel berkualiti digalakkan.
Pintu aluminium yang jauh lebih ringan akan menggunakan engsel yang direka khas.
Ia dilengkapi dengan pin yang mengunci pada kerangka pintu. Ini dikenali sebagai engsel pintu keselamatan aluminium.
7. Reka bentuk
Pastikan anda memilih reka bentuk pintu yang menarik dan mengikut cita rasa anda.
Pintu keselamatan yang mahal sepatutnya dicorakkan dengan hasil kreatif anda yang akan menyempurnakan dan bernilai pada anda.
8. Skrin
Skrin merupakan komponen yang tak wajib.
Tetapi, jika anda pintu keselamatan yang tahan serangga, pastikan anda memberitahu kepada penjual tersebut.
Selalunya, pintu keselamatan akan mempunyai jurang 6 ke 8mm pada sisi dan bahagian atas.
Hal ini amat membantu sekiranya anda akan berpindah keluar, ia akan menyenangkan proses pembukaan.
Komponen ini amat mebantu jika anda mempunyai anak kecil, haiwan perliharaan seperti anjing dan kucing.
9. Warna
Warna juga penting seperti reka bentuk.
Anda patut menggayakan pintu keselamatan anda dengan warna yang anda suka.
Kebiasaannya, setiap rumah akan mempunyai 3 ke 4 palet warna.
Sekiranya, anda tak pasti warna yang sesuai untuk pintu keselamatan anda.
Warna hitam dan putih juga adalah sangat klasik dan sesuai untuk semua rumah.
10. Jaminan
Jaminan merupakan perkara yang penting dan anda harus mendapatkannya secara bertulis sebagai bukti.
Oleh itu, anda digalakkan membeli produk berkualiti tinggi kerana jaminannya menunjukkan bahawa syarikat produk tersebut bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang terjadi di dalam tempoh jaminan tersebut.
Admin harap semua manfaat ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.
Selamat Mencuba!