TIPS PENJAGAAN GIGI & MULUT YANG PERLU ANDA TAHU!

penjagaan gigi

TIPS PENJAGAAN GIGI & MULUT YANG PERLU ANDA TAHU!

Penjagaan gigi dan mulut? Adakah anda mengambil berat tentangnya?

Disini terdapat beberapa tips dan panduan tentang penjagaan gigi dan mulut, juga beberapa tips penjagaan gigi dan mulut untuk pemakai pendakap gigi dan pemakai gigi palsu.

penjagaan gigi

1. Berus gigi dengan ubat gigi berflourida dua kali sehari

penjagaan gigi

Menggunakan ubat gigi yang baik boleh mengurangkan plak dan kerosakan gigi.

Beli dan guna ubat gigi yang menyatakan dan tertera ‘mengurangkan plak, mencegah kerosakan gigi dan memutihkan gigi anda’.

Ingat jangan lupa berus gigi setiap pagi dan malam.

2. Tukar berus gigi sekurang-kurangnya 3 bulan sekali atau apabila bulunya sudah rosak

penjagaan gigi

Menukar berus gigi anda dengan kerap adalah penting dalam mengekalkan gigi putih yang sihat.

Dengan cara ini anda akan mengelakkan bakteria bergerak di sekitar mulut anda.

Juga diingatkan untuk sentiasa berus dalam gerakan membulat untuk menghilangkan semua bakteria dan plak di dalam mulut dan di sekitar gigi juga gusi anda.

3. Berus lidah

penjagaan gigi

Menggunakan pengikis lidah adalah cara yang baik untuk penjagaan mulut anda segar dan mengelakkan nafas berbau.

Ini juga akan membantu untuk menghapuskan plak.

Menggunakan pengikis lidah setiap hari selepas memberus gigi boleh menjadi tambahan yang bagus untuk setiap hari rutin kebersihan mulut anda.

4. Flossing

penjagaan gigi

Flos gigi dua kali sehari juga sangat membantu kerana ia dapat membersihkan sisa-sisa makanan yang terselit di antara gigi dan gusi.

Hal ini kerana flos gigi merupakan salah satu penjagaan gigi yang dipandang remeh oleh ramai orang.

5. Berkumur selepas makan

penjagaan gigi

Selain memberus gigi, digalakkan berkumur menggunakan air atau menggunakan ubat kumur yang banyak di jual di farmasi atau di kedai-kedai penjagaan kesihatan.

6. Elak Minum Kopi dan Teh

Kopi dan teh yang diambil secara berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan gigi.

Selain itu, ia juga menyumbang kepada masalah warna gigi kekuningan.

7. Berhenti merokok

Merokok turut menyumbang kepada kerosakan gusi kerana ia boleh menyebabkan gusi menjadi lemah sehingga tidak dapat memegang gigi dengan baik.

Malah, masalah mulut berbau juga akan terjadi kerana gigi akan dipenuhi dengan karang dan plak.

8. Elakan Minuman Yang Terlalu Sejuk

Minuman yang terlalu sejuk boleh kerana boleh menyebabkan gigi sensitif.

9. Makan Buah-buahan & Sayur-sayuran

Buah-buahan memiliki kandungan serat dan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk melindungi kesihatan dan kemampuan gigi.

Kandungan serat dalam buah-buahan bertindak sebagai berus gigi semula jadi yang membersihkan sisa-sisa makanan sekali gus mengusir bakteria di mulut.

Buah-buahan bervitamin C seperti oren, strawberi dan kiwi mampu menguatkan gusi.

Selain buah-buahan, sayuran juga mengandungi serat yang boleh membersihkan gigi daripada sisa-sisa makanan dan plak.

10. Air lemon dan baking soda

Jus lemon memiliki kandungan asid yang boleh memutihkan gigi.

Caranya mudah sahaja, berus gigi dengan menggunakan air yang dicampur dengan perahan lemon dan sedikit garam atau baking soda.

Dengan menggunakan baking soda seminggu sekali juga boleh memutihkan gigi anda secara semulajadi dan selamat tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

11. Minum susu dan makan produk tenusu

Susu kaya dengan kalsium yang baik untuk penjagaan gigi.

Selain itu juga, produk olahannya seperti yogurt dan keju juga memiliki kandungan kalsium yang baik untuk melindungi kesihatan dan kemampuan gigi.

Jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan yang kerap adalah penting untuk penjagaan mulut anda, tetapi dengan mengikuti tips dan panduan di atas anda memberikan diri anda peluang yang lebih baik untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat.

CARA BERUS GIGI DENGAN BETUL

TIPS PENJAGAAN GIGI BAGI PEMAKAI BRACES

  • Sentiasa memberus gigi ataupun berkumur selepas makan
  • Menggunakan berus gigi khas, berus interdental untuk membersih dicelah gusi dan dawai braces
  • Menggunakan floss gigi untuk membersih dikawasan yang sukar dicapai oleh berus gigi
  • Berkumur dengan ubat kumur berflourida
  • Cuba elakkan makan makanan yang keras dan minuman yang manis, bergas dan minuman yang berwarna. Ini kerana minuman dan makanan tersebut dapat mengurangkan tahap kebersihan gigi anda.

TIPS PENJAGAAN GIGI UNTUK PEMAKAI GIGI PALSU

  • Amalkan kebersihan tangan

Bersihkan tangan dengan sabun di bawah air mengalir setiap kali anda menyentuh gigi palsu

  • Amalan selepas makan

Bersihkan mulut dan gigi palsu dengan air setiap kali selepas makan.

  • Amalan sebelum tidur
  1. Bersihkan gigi palsu dengan berus gigi berbulu lembut di atas kain basah atau bekas yang diisi air
  2. Berus gusi, lidah dan lelangit anda untuk membuang plak

  • Rehatkan mulut

Tanggalkan gigi palsu sebelum tidur untuk merehatkan gusi dan mencegah jangkitan.

  • Penyimpanan gigi palsu

Rendamkan gigi palsu di dalam bekas berisi air agar gigi tidak kering dan berubah bentuk.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top