KENAPA RUMAH MUDAH BERHABUK?

rumah mudah berhabuk

KENAPA RUMAH MUDAH BERHABUK?

Masalah rumah mudah berhabuk boleh membuatkan kita berasa tidak selesa, lagi- lagi habuk yang jelas nampak berterbangan di udara.

Selain itu, rumah mudah berhabuk boleh memberi kesan buruk kepada bayi, penghidap asma dan juga yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Ada juga yang kerap bersin akibat dari habuk ini.

Tempat yang sering memerangkap habuk adalah di belakang perabot besar seperti almari baju, perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek, karpet, bawah sofa, bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak, bawah katil, gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah, alas perabot, alas meja atau table runner, rak buku yang terbuka.

Punca rumah mudah berhabuk disebabkan oleh beberapa faktor:

Penggunaan kipas

Penggunaan kipas seharian mampu menyebabkan rumah mudah berhabuk, lagi lagi penggunaan kipas siling. Jika anda perasan ada je habuk melekat di kipas siling.

Bagi mengelak kipas dan rumah berhabuk, keraplah membersih kipas siling ini supaya sentiasa dalam keadaan bersih.

Barulah habuk-habuk ini tidak banyak berkumpul di kipas.

Ventilation atau pengudaraan yang kurang baik

rumah mudah berhabuk

Kebanyakan rumah yang dibina sekarang tidak mempunyai lubang udara dan hanya mengharapkan tingkap sahaja. Jadi, rumah mudah berhabuk dengan cepat dan banyak.

Oleh itu, pengudaraan yang baik dirumah sangat diperlukan.

Tingkap atau ventilation perlu ada dirumah untuk mengelakkan dari rumah mudah berhabuk.

Rumah berdekatan highway atau jalan raya

rumah mudah berhabuk

Rumah yang berdekatan dengan highway dan tepi jalan membuatkan rumah mudah berhabuk kerana kenderaan sentiasa lalu di kawasan tersebut.

Dengan asap dan debu-debu yang masuk ke dalam rumah menyebabkan rumah mudah berhabuk dan rumah perlu kerap dibersihkan.

Lagi banyak kereta yang lalu lalang, lagi cepat habuk itu masuk dalam rumah.

Cara mengatasi rumah mudah berhabuk ini, sentiasa tutup tingkap yang berdekatan atau menghadap jalan raya dan buka bahagian tingkap lain untuk pengudaraan yang bersih dalam rumah.

Jangan tutup semua tingkap kerana bahaya jika tiada aliran udara keluar masuk.

Dekat dengan kawasan pembangunan

rumah mudah berhabuk

Ini tidak dapat dinafikan, bila ada sahaja projek pembinaan baru berdekatan rumah pasti akan memberi kesan yang buruk kepada pengudaraan dan rumah mudah berhabuk.

Biasanya jumlah habuk yang singgah di dalam rumah akan bertambah dua hingga tiga kali ganda daripada sebelum ini.

Dekat dengan tempat pembakaran

rumah mudah berhabuk

Walaupun rumah jauh dari tempat pembakaran, asap dari tempat pembakaran mampu menjengah di rumah dan menyebabkan rumah mudah berhabuk, ini kan pula rumah yang betul-betul hampir dengan kawasan tersebut.

Perkara ini sukar untuk dielak dan anda perlu kerap membersihkan kawasan dalam dan luar rumah anda.

Cara lain untuk mengelakkan rumah mudah berhabuk

  1. Kurangkan perabot/ hiasan/ peralatan yang boleh memerangkap habuk.
  1. Letakkan alas kaki yang heavy duty dan benar-benar boleh memerangkap habuk terutamanya yang dibawa bersama kaki.
  1. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yg mudah dibersihkan berbanding kain.
  1. Gunakan sofa/alas yang berzip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk.
  1. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.
  1. Letakkan dua alas kaki, satu di luar pintu dan satu di dalam.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

anai anai artclean

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA TERJUMPA ANAI ANAI Setiap kali anai-anai menjajah rumah, pemilik rumah menghadapi masalah besar yang jarang berlaku namun memberi kesan yang besar terhadap bangunan anda Kerana anai-anai, pemilik rumah sering kehilangan sejumlah besar wang dan masa. Untuk membantu orang ramai mengelakkan masalah ini, kami akan menerangkan tindakan yang tidak boleh dilakukan

Shop
0
Cart
Scroll to Top