Disinfeksi Pejabat : Langkah Menjauhi COVID-19 di Pejabat
Walaupun, ramai di antara kita bekerja daripada rumah masing-masing, masih terdapat ramai orang yang harus ke pejabat. Perkara ini tidak dapat dielak dan memerlukan kita untuk lebih berhati-hati supaya tidak dijangkiti COVID-19. Dengan itu, kita harus mengambil langkah pecegahan COVID-19 setelah berada di tempat kerja.
- Pejabat harus kerap melakukan disinfeksi
Langkah utama adalah memastikan pejabat kerap disinfeksi pada permukaan yang mudah dicemari kuman. Contohnya, tombol pintu, computer, kerusi, kaunter perkhidmatan dan kawasan yang sering didatangi pekerja-pekerja.
Disinfeksi amat berkesan untuk menjauhkan diri pekerja-pekerja daripada dijangkiti COVID-19 yang boleh tersebar melalui permukaan. Oleh itu, majikan harus mengambil langkah bijak ini.
- Basuh tangan dengan sabun
Selain itu, memastikan diri kita sentiasa bersih juga adalah cara terbaik menangani virus COVID-19. Oleh itu, kerap membasuh tangan dan menggunakan pensanitasi kuman adalah amat penting dalam hal ini.
Pastikan anda sentiasa berjaga-jaga sebelum menyentuh sesuatu barang atau permukaan. Kemudian, sanitasi tangan anda dsetelah memegang sesuatu benda.
- Jarakkan diri
Di pejabat, kadang-kala terdapat ramai orang di sesebuah bilik atau tempat yang sentiasa dikujungi orang ramai. Jadi, lebih baik anda memastikan diri ada jarak dengan orang lain.
Dalam pada itu, kita juga harus kurangkan memegang, bersalam-salaman dengan pekerja lain juga. Jika tidak dapat dielak, pastikan anda menggunakan sanitasi tangan selepas itu.
Jika anda perlukan khidmat sanitasi yang proffesional dan berpengalaman, serahkan kepada kami! Kami sedia berkhidmat untuk premis anda. Hubungi kami di talian 014- 334 0100 untuk pengetahuan lebih lanjut.