Didik Anak Tentang 5 Kebersihan Ini!

kebersihan anak-anak

Didik Anak-anak Tentang 5 Kebersihan Ini Supaya Sentiasa Sihat!

Kebersihan anak-anak sangat penting buat ibu bapa.

Kebersihan yang terjaga merupakan gaya hidup sihat yang patut diutamakan selain memastikan diri anda mengambil pemakanan diet seimbang.

Ia adalah hal penting yang harus anda menitik beratkan agar anda tak terperangkap dalam suasana kotor yang akan terjerumus kepada kuman.

Dan kemudian diakhiri dengan jangkitan atau penyakit yang tak diinginkan.

Oleh itu, kebersihan harus dimulakan dari diri anda sendiri, seterusnya diekori dengan suasana kediaman anda.

Perkara ini harus dijadikan rutin harian dan dinilai seperti hal asas kepada setiap individu.

Apabila anda lakukan perkara ini secara tak langsung, anak-anak akan mula terikut dengan cara penjagaan kebersihan anda.

ArtClean kali ini akan membantu anda untuk mendidik anak-anak agar mereka sentiasa praktikan cara-cara menjaga kebersihan dengan baik.

1. Membasuh tangan

kebersihan anak-anak

Hal ini adalah tabiat paling asas dan penting dalam mengekalkan kebersihan diri.

Kuman dan bakteria mudah tersebar daripada tangan kita.

Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang banyak menyetuh benda yang kotor.

Oleh itu, ibu bapa harus mula mengajar anak-anak mereka untuk sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas makan, sehabis menggunakan tandas dan menggunakan benda-benda yang meninggalkan kotoran pada kulit.

2. Batuk dan bersin

Ketika seseorang batuk atau bersin, ia melepaskan pelbagai kuman dari badan melalui hembusan air liur atau dari angin.

Hal ini boleh dijangkiti pada orang lain. Oleh hal demikian, seseorang individu diharuskan untuk menutup mulut atau hidung ketika batuk dan bersin.

Ia dapat mencegah penyebaran penyakit pernafasan yang serius seperti influenza, virus syncytial pernafasan (RSV), batuk rejan, dan COVID-19.

3. Ketika mandi

Kanak-kanak harus juga diajar untuk bersyampu dan membilas dengan cara yang betul supaya bersih dari kuman yang boleh cetuskan jangkitan atau penyakit.

Kajian membuktikan bahawa kanak-kanak boleh mandi sendiri seawal 6 tahun.

Oleh itu, ibu bapa harus memastikan mereka mengetahui cara mandi yang betul.

4. Membasuh oral

Selain kebersihan luaran, kanak-kanak harus dibentuk oleh ibu bapa mereka untuk mengetahui tentang kebaikan dan keperluan menjaga kebersihan oral.

Ia harus diutamakan dan dinasihati untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari atau sebaik sahaja selepas makan.

Seterusnya, ibu bapa juga patut memastikan kanak-kanak melakukan flos dan membersihkan lidah.

5. Cuci kaki

kebersihan anak-anak

Di samping itu, ibu bapa juga boleh mengajar anak mereka untuk sentiasa mengamalkan mencuci kaki.

Contohnya, apabila pulang ke rumah daripada aktiviti luar.

Kanak-kanak sering berkaki ayam ketika bermain di taman permainan kerana ia lebih selesa dan mudah.

Lebih-lebih lagi, budak-budak lelaki yang gemar bermain bola.

Oleh itu, mencuci kaki amat disyorkan apabila tiba sahaja ke rumah kerana kotorannya boleh meninggalkan kuman dan juga kediaman menjadi kotor.

6. Potong kuku

kebersihan anak-anak

Dan yang paling penting juga, kanak-kanak harus juga diajar untuk memastikan kukunya sentiasa pendek dan kemas.

Walau bagaimanapun, memotong kuku boleh membahayakan kanak-kanak kerana ketip kuku yang tajam.

Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa memotongkan kuku anak-anak sehingga mereka meningkat matang.

Selain itu, kuku yang panjang dapat mengumpul sisa kotoran yang membawa kepada kuman.

Tangan juga merupakan anggota badan yang banyak menyuapkan makanan ke mulut.

Oleh itu, mengekalkan kuku pendek lebih selamat dan diwajibkan dalam agama islam yang merupakan sunnah juga.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

full PPE cleaning

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN?

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN? We take great pride in the job that ArtClean accomplishes, which is why we always exceed ourclients’ expectations. Our company is an established leader in the industry, and we offer deepcleaning and pest control services to homes and businesses alike. Why ArtClean? 1. Knowledge and Skill Pests can

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

Shop
0
Cart
Scroll to Top