Cara Menghilangkan Resdung Dengan Mudah!
Resdung atau nama saintifiknya sinusitis adalah masalah yang dihadapi oleh 60 ke 65 peratus penduduk di Malaysia.
Dan dibuktikan kurang dari 50 peratus penghidap resdung mendapatkan rawatan yang berkaitan.
Walau bagaimanapun, ramai yang beranggapan resdung dan selesema adalah hal yang sama.
Oleh itu, kebanyakan daripada mereka membuat keputusan untuk tak mendapatkan rawatan.
Untuk pengetahuan anda, resdung berpunca daripada virus, jangkitan kuman, alergi atau kelemahan sistem imunisasi.
Pesakit resdung akan menjadi lebih sensitive terhadap keadaan sekeliling yang berhabuk, perubahan cuaca yang kerap terutama sejuk, pencemaran alam sekitar, bulu binatanf, dan jangkitan virus atau bakteria
1. Teh halia
Teh halia membantu melegakan resdung dengan dua cara yang amat mudah.
Doktor pakar juga sering sarankan penghidap resdung untuk amalkan teh halia kerana kebaikan yang ada.
Hal pertama yang teh halia dapat memulihkan adalah dengan menipiskan lendir di sinus anda dan mengalirkannya keluar.
Kedua, stim yang dihasilkan dari teh halia tersebut memudahkan lendir resdung lebih mudah mengalir keluar.
Anda boleh gunakan cara ini dengan air mandian. Tetapi, teh halia adalah lebih praktikal kerana baunya yang lebih pekat dan sedikit memedihkan.
2. Kunyit
Penderita jangkitan sinus atau sinusitis dapat meredakan gejala dengan mengambil rempah semula jadi seperti Kunyit.
Dikenali dengan sifat anti-inflamasi, antibakteria dan antibiotik, kunyit dapat digunakan dalam memerangi jangkitan sinus.
Apabila jangkitan sinus berlaku, saluran hidung mula meradang, menyebabkan ketidakselesaan, sakit kepala dan kemungkinan masalah pernafasan terjadi.
Menggunakan kunyit sebagai anti-radang semula jadi dapat memberi banyak kelegaan kepada penghidap dan memberi saluran udara yang lebih selesa untuk bernafas.
3. Minum lebih banyak air
Memperbanyakkan air segar, bersih dan ditapis sangat penting untuk kesihatan sinus kita.
Anda dapat meredakan sebahagian besar gejala jangkitan sinus kronik dengan meminum banyak air bersih
Badan kita amat bergantung pada air untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
Jika tubuh kita tak mendapatkan kuantiti air secukupnya, badan kita akan memaksa untuk dapatkan air dari organ-organ yang kurang penting agar yang lebih penting berjalan dengan lancar.
Sekiranya hal di atas berlaku, ia menyebabkan lendir resdung menjadi tebal dan tersekat pada rohong hidung dan menaikkan pertumbuhan bakteria.
Hal ini mendorong perkembangan jangkitan.
4. Lobak kuda
Lobak kuda mungkin bukan makanan biasa yang anda makan setiap hari, tetapi ia mempunyai banyak manfaat kesihatan.
Manfaat kesihatan lobak terutamanya disebabkan oleh kandungan nutrien.
Mineralnya yang tinggi, termasuk serat makanan, vitamin C, folat, kalium, kalsium, magnesium, zink, dan mangan, serta enzim dan minyaknya, seperti sinigrin, glukosinolat yang kuat.
Ia dapat mengurangkan keradangan dan merangsang sistem imun.
Seterusnya, ia merupakan sifat antibiotik.
5. Bawang putih
Bawang putih dan kerabatnya, bawang, mempunyai potensi yang sama dengan lada untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.
Allicin merupakan sebatian sulfur yang terhasil ketika bawang putih dihancurkan atau dipotong.
Ia bersifat antibakteria, antikulat dan juga boleh membunuh beberapa virus.
Bawang putih mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang menjadikannya tambahan sempurna untuk pelbagai jenis makanan.
Bukan sahaja sinus anda dapat dikurangkan, tetapi bagus untuk melindungi jantung dan melawan selesema.
6. Nenas
Bromelain adalah campuran enzim yang terdapat di dalam nenas.
Orang cenderung menggunakan bromelain sebagai makanan tambahan untuk pelbagai manfaat kesihatan, termasuk melegakan masalah resdung, mengurangkan keradangan, dan memperbaiki pencernaan.
Terdapat pelbagai bukti saintifik mengenai keberkesanan penggunaan bromelain untuk tujuan ini.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.