Buah-buahan yang Menyihatkan Kulit Anda!
Secara logiknya, buah-buahan memang lebih bermanfaat dan baik untuk diambil harian berbanding suplemen.
Sebabnya, ia adalah semula jadi dan jarang memberi kesan sampingan yang tak diingini sekiranya diambil dengan jumlah yang sesuai.
Selain itu, buah-buahan juga memberi pelbagai impak kesihatan kepada tubuh anda.
Sebagai contoh, kulit yang cantik dan dapat melambatkan proses penuaan.
Jadi, apa buah-buahan yang dapat menolong anda mendapatkan kulit yang cantik?
1. Avokado
Avokado merupakan buah yang tinggi dengan lemak sihat.
Lemak sihat memang sangat bermanfaat dalam membentuk kulit anda menjadi sihat dan glowing!
Ia akan menjaga kulit anda agar sentiasa lembap dan melambatkan penuaan.
2. Timun
Timun dapat membantu anda untuk membentuk dalaman dan luaran yang sihat.
Ia merupakan makanan yang rendah kalori dan melembutkan kulit anda.
Oleh itu, bengkak dan kemerahan mudah surut. Justeru itu, timun sentiasa digunakan untuk menurunkan kesan kemerahan dan bengkak.
3. Delima
Buah delima juga mengandungi bahan antimikroba dari vitamin C.
Elemen ini akan membantu anda melawan bakteria dan jamur pada kulit anda.
Oleh itu, ia dapat merawat bakteria yang mengakibatkan jerawat.
4. Pisang
Pisang adalah rahsia untuk kulit yang berkhasiat dan sentiasa sihat disebabkan ia membantu kulit mengekalkan hidrasi.
Selain itu, kulit kering juga akan dilembapkan secara semula jadi. Kulit akan menjadi lembut dan gebu.
Vitamin A yang tersirat akan mengurangkan tekstur kasar dan kulit kering.
5. Epal
Kulit epal kaya dengan vitamin dan mineral.
Ia mengandungi polifenol, antioksidan yang membantu melindungi dari sinaran ultraviolet dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda.
Kulit epal juga kaya dengan vitamin C, yang mencegah penuaan, dan meningkatkan cahaya kulit.
6. Tembikai
Tembikai amat kaya dengan antioksidan seperti likopen, Vitamin C dan A.
Kegunaan elemen-elemen ini adalah dapat mengurangkan radikal bebas yang melambatkan tanda-tanda penuaan.
Vitamin A dapat mendorong pertumbuhan sel kolagen dan elastin.
Jadi, kulit anda akan kekal muda.
Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!
Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.