5 TIPS MEMBERSIHKAN KOTORAN DI KARPET RUMAH

Di rumah, perkara yang paling leceh dan malas ialah ketika mencuci karpet. Kalau air dah tumpah, gula-gula getah melekat dekat karpet dan debu-debu menebal dalam karpet  mulalah pening kepala. Macam mana nak cuci ni?

Jadi admin nak bagi tips-tips mudah untuk membersihkan kekotoran di karpet rumah anda.

  • Tekup kotoran terlebih dahulu

Kita selalu salah bertindak sejurus air tumpah di atas karpet, mesti cepat-cepat ambil kain dan terus gosok dengan kuat kan?

Mulai harini, anda perlu tekup dahulu kotoran itu dan biarkan kain meresap kekotoran tersebut. Seterusnya, baru anda boleh gunakan bahan-bahan pencuci untuk membersihkan kekotoran di karpet.

  • Cecair pencuci pinggan

Gunakan bahan pencuci pinggan mangkuk di dapur.

  1. 1 sudu cecair pinggan dan tambahkan 4 sudu air.
  2. Gosok kotoran menggunakan span atau kain bersih dan bilas dengan air suam.
  3. Tekupkan lebihan air dengan tuala kering jika perlu.
  • Bahan-bahan masakan di dapur

Rupa-rupanya bahan di dapur boleh dijadikan bahan untuk membersihkan kekotoran di karpet. Antaranya lemon, baking soda, cuka, garam dan ais. Ia adalah ‘pencuci’ semulajadi yang sangat efektif. Cara-caranya seperti berikut:

  1. Bancuhkan baking soda dengan sedikit air dan berus kotoran di atas karpet hingga kotoran hilang. Jika karpet anda berbau kepam, hapak atau tidak enak, taburkan baking soda di atas seluruh permukaannya dan biarkan seketika. Selepas beberapa jam, vakumkan karpet anda seperti biasa.
  2. Taburkan baking soda ke atas kesan kotoran. Kemudian, tuangkan cuka ke atas taburan baking soda tersebut. Tunggu ia berbuih dan biarkan seketika sementara ia menyerap kotoran. Tekup dan lapkan seperti biasa. Bagi menghilangkan bau, campurkan 1 sudu cuka, 1 sudu baking soda dan 2 cawan air ke dalam botol spray. Semburkan pada keseluruhan karpet. Asid pada cuka akan membunuh bakteria dan menyahkan bau-bauan tersebut.
  3. Cara terbaik untuk hilangkan dakwat ialah dengan menggunakan belahan lemon dan perahkan di atas kesan dakwat yang tumpah. Seterusnya, taburkan garam sehingga menutupi kesan kotoran. Tekan-tekankan garam supaya ia meresap dan bertindak ke atas kotoran. Tekupkan kain dan ulang beberapa kali sehingga kotoran benar-benar hilang.
  4. Untuk karpet yang terdapat lekatan gula getah boleh guna cara ini. Geserkan ais kepada gula getah sehingga ia cukup keras untuk ditanggalkan dengan mudah tanpa sebarang kesan lagi yang tinggal.
  • Krim pencukur

Suami, abang atau adik lelaki mesti mempunyai krim pencukur di rumah, jadi anda bolehlah sapu sedikit krim tersebut di atas kotoran karpet dan biarkan ia meresap selama 30 minit. Seterusnya, tekupkan dengan kain kering yang bersih. Kalau nak lebih efektif, akhiri dengan semburan campuran cuka dan air dengan nisbah 1:1 dan lapkan seperti biasa

  • Vakum

Vakum juga berfungsi untuk membersihkan kotoran seperti debu-debu yang melekat di karpet dan sekarang terdapat pelbagai jenis vakum yang dapat memudahkan anda membersihkan kekotoran di karpet rumah. Tunggu pilih di kedai sahaja.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email
Google+

More Posts

Deep Fried Squid Game! – Giveaway 2.0

Hello Malaysia! You’ve probably heard of the new hot and popping Korean show on Netflix: Squid Game! This original series is about people under massive debt who risk their lives in a contest to win 45.6 billion won. We know money bring us together. Therefore….. *drum roll* In conjunction with the World Food Day, the

The Four Types of Food Contamination

The Four Types of Food Contamination Physical Contamination When a food is contaminated by foreign objects, it is called physical contamination. This is usually unintentional or the result of negligence on the part of employees. Hair, jewellery, dirt, plastic, and even insect corpses are examples of physical contaminants. These items may contain hazardous bacteria, which

healthy body

HEALTHY TIPS FOR A HEALTHY BODY

HEALTHY TIPS FOR A HEALTHY BODY Good health is above wealth. This proverb means a healthy body is way more important than a mountain of wealth. Therefore, neither kid nor adult, we all need to take good care of our health. Because of that, here are some tips on how to have a healthy body.

cermin mata

CARA BETUL PENJAGAAN CERMIN MATA ANDA

CARA BETUL PENJAGAAN CERMIN MATA ANDA Cermin mata merupakan satu perkara penting buat si pemakai cermin mata. Tanpa cermin mata mereka tidak mempunyai penglihatan yang sempurna untuk melakukan aktiviti seharian. Selain penjagaan kesihatan diri, kebersihan cermin mata juga perlu dijaga sebaiknya. Penjagaan cermin mata yang betul sangat penting untuk mengelakkan cermin mata rosak, tercalar dan

Scroll to Top