5 Masalah Yang Anda Harus Tahu Tentang Cat Dinding

masalah cat dinding

5 Masalah Yang Anda Harus Tahu Tentang Cat Dinding

Pelbagai cara kita boleh lakukan untuk menghiasi dinding di ruang tamu, bilik dan pelbagai dinding lagi untuk menaikkan seri sesuatu tempat.

Daripada dibiarkan kosong dengan warna putih, apa salahnya sekiranya kita cat yang baharu.

Tetapi, ramai di antara kita yang tak menyukai cat dinding dan memilih untuk menggunakan wallpaper atau pelekat dinding.

Kerana ia lebih mudah dan pelbagai corak. Namun, jika kita betul-betul jaga dinding tersebut dengan penjagaan yang sesuai setelah mengecat, masalah ini mustahil untuk timbul.

Jadi apa masalah yang mungkin anda tak perasan mengenai cat dinding ini?

1. Cat terkopek

masalah cat dinding

Ya, cat terkopek. Kadang-kala ada yang terfikir retakan pada dinding rumah itu bermungkinan besar kerana usia dinding tersebut yang terlalu lama.

Tetapi, kebanyakkan andaian tersebut adalah salah! Sebenarnya, ada keberangkalian berpunca daripada cat yang digunakan.

Bagaimana cat terkopek boleh berlaku? Ini adalah sebab-sebabnya:

  • Cat yang tak berkualiti
  • Tidak letak primer
  • Terlebih campur air
  • Penyediaan permukaan yang tak cukup
  • Sapu cat sampai terlampau nipis

2. Berkapur

Pernah tak anda terpegang dinding rumah anda, dan ia tinggalkan kesan pada tangan anda dengan tekstur yang berdebu atau berkapur?

Atau pun, lebih malang sekiranya terkena baju yang berwarna putih! Ini adalah antara masalah yang sentiasa berlaku daripada cat dinding.

Oleh itu, anda harus pastikan tak menggunakan elemen cat dinding di bawah:

  • Menggunakan cat yang tak berkualiti
  • Terlebih campur air
  • Menggunakan cat untuk dalaman di bahagian luar
  • Tak letak primer

3. Cat menggelembung

masalah cat dinding

Mesti anda terfikir bagaimana dinding anda terdapat beberapa gelembung tertimbul.

Sebenarnya, perkara ini memang biasa terjadi kerana udara atau air yang terperangkap di antara permukaan dinding dan cat.

Kadang-kala jika anda mengecat terlampau lama, hal ini boleh terjadi juga dan sebab-sebab yang lain seperti:

  • Sapu cat dalam keadaan dinding masih basah
  • Air pada dinding yang di halang oleh cat
  • Penyediaan permukaan yang tak cukup

4. Tompokan putih-putih

masalah cat dinding

Hal ini sering berlaku kerana kerosakan cat yang kemudian mengeluarkan putih-putih.

Perkara ini berlaku kerana air yang berada di dalam dinding yang bercampur dengan kapur dan pasir pada dinding konkrit.

Tompokan putih-putih juga boleh terjadi akibat:

  • Keadaan dinding yang lembap
  • Cat yang tak berkualiti
  • Terlebih campur air
  • Tak meletakkan primer

5. Dinding berkulat

Dinding berkulat ini mudah terjadi pada kawasan yang lembap dan dekat dengan air.

Ia sering terjadi pada dinding luar rumah yang dekat dengan kawasan berpaip.

Selain itu, hal-hal di bawah juga boleh menyumbang kepada masalah ini:

  • Kandungan air terlampau banyak di dalam dinding
  • Cat disapu terus pada dinding berkulat
  • Cat yang tak berkualiti
  • Penyediaan permukaan yang tak cukup

⚠️ Tip!

Oleh itu, sebelum mengecat pastikan anda memeriksa terlebih dahulu keadaan dinding.

Ambil langkah waterproofing sekiranya masalah-masalah di atas masih tiada perubahan. Jika tak, masalah yang sama akan timbul.

Admin harap semua tips ini berguna untuk anda semua. Jangan lupa follow facebook dan instagram kami untuk tips yang menarik lagi!

Hubungi kami jika memerlukan khidmat pembersihan yang teliti dari team ArtClean.

Share:

Facebook
Twitter
WhatsApp
LinkedIn
Email

More Posts

full PPE cleaning

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN?

WHY CHOOSE US AND WHO IS ARTCLEAN? We take great pride in the job that ArtClean accomplishes, which is why we always exceed ourclients’ expectations. Our company is an established leader in the industry, and we offer deepcleaning and pest control services to homes and businesses alike. Why ArtClean? 1. Knowledge and Skill Pests can

5 things YOU MUST DO when you plan to Move in/ Move Out

5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out

   5 things YOU MUST DO  when you plan to Move in/ Move Out   Moving can be a stressful and overwhelming experience, whether it’s for a business or a residential property. With so many things to consider, it’s easy to forget important tasks that can impact the success of your move. To help you

BMW toilet for F&B or no renewed business licenses

  What is BMW toilet set by KPKT? Starting next year, business licenses will not be renewedfor F&B operators who fail to obtain an A level certificate of hygiene fortheir toilets. This new policy, announced by the Local Government Ministry(KPKT) Minister Nga Kor Ming, will ensure that toilets at F&B premises suchas restaurants, coffee shops,

What if pest control has never been invented?

It’s difficult to brain life without sophisticated pest management in the world of today. What happen if you ignore Pest Problem? What would happen if common pests like termites and cockroaches were permitted to breeding unchecked, feast on our houses, and destroy our food gardens? How horrible would it be if bedbugs were our nightly

Shop
0
Cart
Scroll to Top