Tips Susun Atur Pakaian : 5 Cara Susun Pakaian Dalam Almari

Kebiasaannya, apabila anda kelam-kabut mencari pakaian untuk dipakai mesti kesudahannya pakaian dalam almari anda bersepah. Masa tu jugak google macam mana tips susun atur pakaian. Apabila dah jadi macam ini mesti ambil masa nak lipat dan susun cantik-cantik.

Tips Susun Atur Pakaian

Jika hal ini berlaku dalam bilik anak-anak, mesti ibu-ibu lagi menyirap je tengok kan. Jadi, admin nak share tips susun pakaian di dalam almari supaya ia kelihatan kemas dan tersusun.

Tips Susun Atur Pakaian

1. Cara lipatan dan susunan

Tips Susun Atur Pakaian

Pakaian ini lebih kemas jika pakaian anda dilipat atau digulung dan disusun kerana ia akan memudahkan anda untuk memilihnya kelak. Penggunaan ruang juga digunakan dengan sehabis mungkin. Kalau susun macam ini, anda terus boleh nampak baju yang hendak dipakai. Jimat bukan masa anda?

2. Penyangkut baju

Tips Susun Atur Pakaian

Wah, nampak dengan jelas baju-baju anda apabila menggunakan penyangkut.

Susun atur pakaian lebih cantik dan kemas jika anda menggunakan penyangkut mengikut warna untuk memudahkan anda memilih dan mencari baju. Sebagai contoh, penyangkut warna putih untuk pakaian kerja. Hitam untuk aktiviti hujung minggu.

Tips Susun Atur Pakaian

Bagi gadis berhijab, mereka boleh menggantungkan shawl atau tudung yang kerap digunakan. Sekarang, ada penyangkut berbentuk ring. Jadi, mereka boleh gantung tudung di belakang pintu sahaja.

3. Ruang petak untuk barang kecil

Tips Susun Atur Pakaian

Susun atur pakaian kecil seperti stoking, underpants dan bra boleh disusun dengan menggunakan kotak plastik yang boleh ditarik balik seperti kotak-kotak di atas. Susunannya lebih teratur jika anda mengasingkan barang yang kerap dan tidak kerap guna. Stoking juga boleh digulung bersama pasangannya.

4. Pelabelan ruang petak

Jadi, Nampak lebih mudah untuk anda mencari pakaian apabila ada melabel pakaian seperti di atas. Bukan susah, sekarang nak buat label macam ni, boleh beli sticker label yang dijual di daiso, DIY dan banyak lagi kedai. Dah siap tulis atau print, anda terus potong then gantung ataupun tampal di kotak-kotak pakaian.

5. Asingkan barang-barang

Jika anda gemar melancong, anda pasti banyak menyimpan pakaian berbulu tebal, baju sejuk, stokin, sarung tangan dan sarung kepala yang tidak digunakan setiap hari.

Tips Susun Atur Pakaian

Oleh itu, susun atur pakaian boleh diasingkan ia dari ruang simpanan almari utama anda. Anda boleh simpan pakaian tersebut di dalam kotak besar.

error: Content is protected !!