5 Tips Simpan Kasut Kesayangan Anda Di Rumah

Kasut kalau tak jaga nanti mudah rosak, lusuh dan tidak tahan lama. Kasut agak sensitif dan perlu penjagaan yang baik untuk menyimpannya. Disini saya senaraikan tips simpan kasut kesayangan anda :

5 Tips Simpan Kasut

Tips Simpan Kasut

1. Lap dan bersihkan kotoran di kasut

Tips Simpan Kasut 2

Ramai dari kita membiarkan kasut kotor tanpa dilap dan dibersihkan. Perkara ini menyebabkan anda makin sukar untuk membasuhnya di kemudian hari. Walaupun anda telah menyembur dengan semburan kalis air sekalipun, kotoran itu mudah meresap ke dalam tali atau jahitan-jahitan kasut tersebut.

Perkara ini menyebabkan kasut kesayangan anda berubah warna. Jadi, anda dinasihatkan untuk lap dan bersihkan kasut sebelum meletakkan ia ke dalam kotak atau di atas rak kasut kerana ia tips simpan kasut yang sangat berguna.

2. Simpan kasut di atas rak atau kotak

Kasut sebaiknya disimpan di atas rak atau kotak untuk mengelakkan habuk-habuk terkena pada kedutan dan rekahan-rekahan kasut yang akan menyebabkan kasut lebih cepat rosak.

Sekarang, terdapat pelbagai jenis rak dan kotak kasut yang unik yang ada di pasaran. Anda juga boleh dapatkan rak dan kotak kasut dengan harga yang murah. Penyimpanan kasut anda berdasarkan kreativiti masing-masing.

3. Susun kasut ikut kategori

Kasut boleh disusun mengikut kategori yang anda mahukan kerana ia  dapat memudahkan anda untuk mengambil serta memilih kasut.

Pertama, bahagikan kasut anda kepada dua kategori iaitu kasut yang kerap anda pakai dan kasut yang kurang pakai. Seterusnya, anda boleh kategorikan kasut mengikut kumpulan kasut bekerja, kasut bersukan dan kasut harian biasa.

4. Semburan kalis air

Seterusya, anda boleh amalkan tips simpan kasut yang betul dengan menyembur semburan kalis air yang menjadi pelindung kepada kasut anda dari cepat rosak. Biasanya ia disebabkan oleh kasut anda terkena lopak air dan kotoran. Selain itu, anda boleh gunakan cuka dan cat untuk membuat kasut kulit kelihatan baru.

5. Pastikan kelembapan, suhu dan cahaya sesuai bagi penyimpanan di rak kasut

Simpan kasut di kelembapan dan suhu yang sesuai  merupakan salah satu tips simpan kasut yang ramai tidak tahu. Tahap kelembapan yang paling sesuai untuk simpanan ialah 45-55%.

Jika kasut disimpan dalam kelembapan dan suhu yang sesuai, ia dapat mengelakkan kulit kasut tersebut rapuh, melemahkan kain dan menyebabkan gam di kasut tercabut.

Faktor cahaya juga memainkan peranan dalam penjagaan kasut kerana sinar matahari dapat mengubah warna dan kualiti kasut.

error: Content is protected !!