Tips Renovate Rumah : 5 Tips Perlu Tahu Sebelum Renovate Rumah

Apabila telah memiliki rumah sendiri, teringin juga untuk membuat kelainan dengan renovate rumah. Tapi bukan boleh buat sebegitu sahaja. Sudah tentu pemilik perlu mengetahui tips renovate rumah dengan betul untuk mengurangkan risiko kerugian.

5 Tips Renovate Rumah

1. BAJET RENOVATE RUMAH

Perkara pertama yang perlu ada untuk renovate rumah anda adalah bajet. Ketetapan bajet perlulah disediakan untuk mengelak proses pengubahsuaian rumah dari terbengkalai akibat ketidakcukupan kos. Anda seharusnya memberitahu kontraktor anggaran bajet untuk renovate rumah tersebut.

Seterusnya, anda boleh anggarkan untuk menambah sekitar 15%-20% dari bajet sebenar. Ia tambahan sebagai langkah-langkah berjaga di kemudian hari.

Ada kalanya, stok barang untuk renovate rumah sudah habis dan kontraktor terpaksa minta anda untuk memilih bahan yang lebih mahal.

 2. PERANCANGAN AWAL

Setelah anggaran bajet selesai, langkah seterusnya, anda perlu wujudkan perancangan dari segi jangka masa kerja-kerja renovate rumah.

Dengan ini anda akan dapat melihat kemajuan kerja dan kualiti kerja berdasarkan jadual masa yang dirancang.

Anda juga perlu merancang tentang konsep dan tema yang ingin dilakukan bagi mengelakkan anda dari membayar bahan-bahan yang mahal jika bahan renovate rumah tersebut telah habis.

3. PERBANDINGAN KONTRAKTOR

Dapatkan beberapa senarai kontraktor yang berkelayakan, stabil dari segi kewangan, pengurusan syarikat dan sumber manusia, serta efisien dan baik dari segi mutu kerja.

Lakukan survei dan dapatkan segala data, maklumat, track record, serta pengalaman kerja kontraktor-kontraktor tersebut.

Jangan hanya melantik kontraktor berdasarkan cadangan rakan atau ahli keluarga anda semata-mata. Nanti nahas anda kena.

4. PERBANDINGAN SEBUT HARGA

Sebaiknya anda dapatkan beberapa sebut harga dan cadangan pelan renovasi, serta spesifikasi untuk kerja-kerja renovasi daripada semua kontraktor tersebut.

Perbandingan sebut harga mestilah dilakukan untuk anda mendapatkan hasil yang terbaik.

Ingat! Elakkan pilih kontraktor yang berikan sebut harga yang rendah kerana bimbang mereka akan memasang barang yang tidak berkualiti dan kerja-kerja yang dilakukan tidak kemas.

Tetapi yang penting adalah, sebut harga yang diberikan adalah berpadanan dengan cadangan dan kualiti kerja yang akan dilakukan yang mengikut citarasa yang anda inginkan.

Tips Renovate Rumah

5. FAHAM KEPAKARAN KERJA KONTRAKTOR ATAU PEREKA DALAM

Sebaik-baiknya, jangan lantik satu kontraktor untuk lakukan kesemua kerja renovasi keseluruhan rumah anda.

Lantiklah beberapa kontraktor berbeza, yang mahir dalam bidang kepakaran masing-masing.

Misalnya, untuk kerja-kerja pemasangan konkrit dan tiles, lantik satu kontraktor untuk kerja-kerja berkaitan wiring dan elektrikal. Dan lantik lagi satu kontraktor yang lain, dan sebagainya.

Ingat. Bukan semua kontraktor mahir dalam kesemua bidang pembinaan.

Akhir sekali, admin nak pesan, elakkan daripada membayar kesemua harga kontrak sekali gus kepada kontraktor. Sebaik-baiknya, bayarlah mengikut progres kerja.

Apabila kerja telah siap dan mematuhi segala pelan dan spesifikasi, serta mutu kerjanya juga memuaskan hati korang, barulah korang jelaskan bayaran tersebut.

Pastikan segala rekod pembayaran disimpan untuk rujukan akan datang.

Harap tips renovate rumah ini dapat membantu anda semua.

error: Content is protected !!